awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga punca orang ramai terpaksa beratur panjang untuk permohonan pasport

Hilal Azmi
Hilal Azmi
04/08/2016
05:06 MYT
Tiga punca orang ramai terpaksa beratur panjang untuk permohonan pasport
Situasi panik turut menyumbang kepada peningkatan permohonan dalam jumlah yang luar biasa. - Gambar hiasan
Sepanjang minggu ini, ramai yang merungut terpaksa menunggu lama untuk tujuan permohonan pasport dan memperbaharuinya.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, ada antara pengguna yang sanggup beratur seawal 1.30 pagi untuk mendapatkan nombor giliran di Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, antara punca utama kejadian ini ialah apabila berlaku permohonan yang banyak secara drastik susulan laporan di media sosial kononnya tempoh enam bulan untuk memohon atau memperbaharui pasport yang berpunca daripada masalah bekalan oleh pihak pembekal.
"Keadaan ini menimbulkan situasi panik dan menyebabkan peningkatan permohonan dalam jumlah yang luar biasa.
"Sekarang ni kita nak pastikan jumlah penghasilan pasport tidak terhenti sebab ada beberapa tempat yang hanya tinggal beberapa puluh sahaja stok yang boleh kita bekalkan.
"Jadi, sebab itu kita hadkan jumlah permohonan harian bagi memastikan setiap pemohon dapat menyelesaikan urusan mereka selaras dengan piagam pelanggan kita," katanya.
Tambah beliau, pihaknya telah mengambil langkah drastik untuk memanggil pembekal bagi menampung keperluan semasa.
"Saya panggil pembekal kerana perjanjian konsesi jelas mengatakan mereka perlu membuat pembekalan yang sepatutnya.
"Mereka sudah yakinkan saya untuk bekalkan 70,000 passport setiap minggu.
"Insya-Allah proses menyiapkan passport dalam tempoh satu jam seperti yang kita janjikan dalam piagam pelanggan dipenuhi," tambahnya.
Sejak Januari hingga Julai 2016, sebanyak 1.46 juta permohonan telah diselesaikan Jabatan Imigresen Malaysia.
Topic Berkaitan
#Imigresen
#Mustafar Ali
#pasport
#permohonan pasport
#sistem atas talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan