Tiga sekeluarga ditemui mati dibunuh di kediaman mereka dekat Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu pukul 1.30 petang, Rabu.

Pasangan suami isteri itu masing-masing berusia 42 dan 37 tahun serta anak lelaki mereka berusia 13 tahun maut ditikam menggunakan pisau dan dihentak dengan tukul.

Motif pembunuhan dipercayai akibat dendam.

Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia 15 tahun mengalami cedera parah.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Din Ahmad berkata, pihak polis menerima maklumat tentang kejadian itu daripada jiran mangsa pada pukul 2.30 petang.

Menurut beliau, polis percaya suspek merupakan pekerja kepada pasangan suami isteri itu yang menjalankan perniagaan perkakas rumah.

Suspek lelaki kini menghilangkan diri dengan van milik mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.