awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga suspek dalang Sungai Kim Kim dicekup

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
11/03/2019
07:20 MYT
Tiga suspek dalang Sungai Kim Kim dicekup
Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diberi rawatan kecemasan selepas pengsan dipercayai terhidu bau disyaki gas kimia di kawasan Taman Pasir Putih, dekat Pasir Gudang, Johor pada 7 Mac lalu. - Gambar BERNAMA
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor mengesahkan penahanan tiga suspek yang dipercayai terlibat dengan insiden pembuangan sisa toksik berbahaya di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, di sini pada Khamis lalu.
Pengarah JAS negeri, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, suspek terdiri daripada dua pemilik syarikat dan seorang pekerja.
Kesemua suspek, kata beliau, berusia antara 40 hingga 50 tahun.
"Tadi kita menangkap suspek kedua dan dibawa oleh polis dan suspek mengaku. Kita akan tuduh dalam minggu ini juga," kata beliau.
Dengan penangkapan itu, JAS katanya, yakin kes tersebut akan dapat diselaikan dalam masa singkat.
Menurut beliau, kedua-dua pemilik berlainan premis ditahan pada petang Ahad di sekitar Kulai dan Pasir Gudang.
Sementara seorang lagi yang didakwa iaitu pekerja di salah sebuah premis dicekup pada pukul 12.30 tengah hari Isnin.
Kilang yang terlibat merupakan kilang proses bahan kimia di Kulai dan sebuah kilang memproses barangan lusuh di Pasir Putih.
Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika melawat salah sebuah kilang yang dipercayai terlibat dengan insiden pembuangan bahan kimia yang berjarak hanya kira-kira 500 meter dari lokasi pembuangan.
Menurut Ezzani, siasatan akhir kini giat dijalankan dan pertuduhan ke atas suspek akan dilakukan pada minggu ini.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 34B Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang membawa hukuman denda RM500,000 dan penjara lima tahun.
BACA: Pencemaran bahan kimia: Sekolah baru dibuka, pelajar pengsan lagi
Topic Berkaitan
#bahan kimia
#Jabatan Alam Sekitar
#pencemaran gas dan sisa buangan
#Sungai Kim Kim
#Tiga suspek dalang Sungai Kim Kim dicekup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan