announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiga termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan di Sri Aman

Tiga termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan di Sri Aman
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman segera dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat. - Foto ihsan JBPM
SRI AMAN: Tiga termasuk dua kanak-kanak terbunuh, manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua lori di Jalan Selepong Maleh, Sri Aman-Betong petang ini.

Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, mereka menerima panggilan mengenai kemalangan berkenaan pada jam 2.12 petang.

Katanya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman segera dihantar ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

"Tiba di tempat kejadian, didapati kemalangan itu melibatkan kereta dan dua lori.

"Enam mangsa dilaporkan terperangkap di dalam kereta," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan media di sini, pada Selasa.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, katanya, tiga mangsa termasuk seorang bayi yang duduk di bahagian hadapan kereta cedera parah.

Katanya, seorang warga emas dan dua kanak-kanak berusia empat tahun dan 12 tahun yang duduk di belakang terkorban dalam nahas tersebut.

Mayat mangsa telah diserah kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar untuk rawatan di Hospital Sri Aman.


Tag: JBPM Sarawak, Jalan Selepong Maleh, kemalangan Sri Aman, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Hospital Sri Aman, kemalangan maut, Sri Aman-Betong



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.