awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga termasuk dua warga tempatan maut, mesin dalam kilang meletup

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2018
09:32 MYT
Tiga termasuk dua warga tempatan maut, mesin dalam kilang meletup
Maklumat awal mendapati mesin di kilang berkenaan meletup menyebabkan serpihan besi terkena mangsa.
Tiga pekerja maut manakala seorang lagi cedera selepas dihempap mesin yang meletup di sebuah kilang pembuatan sisa bio, di Kawasan Perindustrian Kundang, Rawang di sini.
Mangsa yang maut ialah dua lelaki warga tempatan dan seorang warga Bangladesh dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang Yazli Yahya berkata pihaknya menerima panggilan dalam jam 11 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang bergegas ke lokasi kejadian.
Yazli berkata, maklumat awal mendapati mesin di kilang berkenaan meletup menyebabkan serpihan besi terkena mangsa.
"Ketika kejadian terdapat enam pekerja kilang berkenaan. Sebanyak lima pekerja berada di ruang kilang sementara seorang lagi kerani berada di dalam pejabat," katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Tambah Yazli, siasatan mendapati, letupan itu seluas 150 meter radius hingga mengakibatkan beberapa serpihan mesin terbabit merosakkan sebuah kenderaan yang terletak di luar premis.
Kata beliau, pihaknya tidak menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut selepas operasi mengeluarkan mangsa selesai dan memastikan keselamatan di lokasi selesai.
Topic Berkaitan
#Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang
#Bangladesh
#Kawasan Perindustrian Kundang
#kilang
#maut
#meletup
#pembuatan sisa bio
#Rawang
#warga tempatan
#Yazli Yahya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan