Tutup

Tiga termasuk Eric ditahan polis kerana hina Agong

Tiga termasuk Eric ditahan polis kerana hina Agong
KETIGA-TIGA pemilik akaun laman sosial yang menghina Sultan Muhammad V disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Kuala Lumpur: Tiga pemilik akaun media sosial yang didakwa memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Sultan Muhammad V berhubung isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ditahan polis pada Selasa. 

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun dalam satu kenyataannya pada Rabu.

Ketiga-tiga yang ditahan terdiri daripada pemilik akaun Facebook, Eric Liew Chee Ling serta dua lagi pemilik akaun Twitter, Azham Akhtar Abdullah dan Nur Alia Astaman.

Kesemua yang ditahan masing-masing berumur 46,27 dan 26 tahun. 
Menurut Fuzi, kesemua individu berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Dalam kenyataan itu juga, Fuzi menasihatkan orang ramai agar menggunakan platform media sosial dengan berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif atau memanipulasi isu berkenaan sehingga mampu mencemar institusi Diraja negara ini.