Tiga warga Turki yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas, akan dihantar ke negara asal dan bukan negara lain walaupun ahli keluarga bimbang keselamatan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menghantar pulang mereka ke negara asal.
"Kenapa kita mesti memberikan bebanan kepada negara lain? (hantar mereka ke negara lain).
"Saya serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil langkah seterusnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Ahmad Zahid diminta mengulas permintaan Ayse Gul Karaman, 38, isteri kepada Turgay Karaman, seorang daripada warga Turki yang ditahan, agar suaminya tidak dihantar pulang ke negara asal kerana bimbang akan diseksa.
Pada minggu lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis menahan dua lelaki warga Turki - Turgay Karaman, 43, dan Ihsan Aslan, 37 - kerana mengancam keselamatan negara. Sebelum itu, isteri mereka mendawa bahawa kedua-dua lelaki itu diculik.
Lelaki warga Turki ketiga ditahan polis pada 4 Mei di Pahang atas sebab serupa.
Ketiga-tiga lelaki itu kini ditahan untuk siasatan.
Mengenai status isteri dan anak-anak ketiga-tiga warga Turki berkenaan, Ahmad Zahid berkata rundingan dengan pejabat Kedutaan Turki akan diadakan bagi membolehkan mereka juga dihantar pulang ke negara asal.
"Jangan khuatir... kita juga ada perasaan kemanusiaan dalam perkara ini. Jika isteri dan anak-anak tidak bersalah, mereka tidak akan dihukum dan akan dihantar pulang ke negara asal," katanya.
Ditanya sama ada mereka boleh memilih untuk terus berada di negara ini, Ahmad Zahid berkata ''jika mereka layak mempunyai pas pemastautin contohnya atau visa kemasukan pelbagai, kami akan benarkan".
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 11 2017
AHMAD ZAHID: Saya serahkan perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil langkah seterusnya.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.