Qari dari Kelantan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dan qariah dari Perak, Puteri Kalimatul Azzua Hamid masing-masing dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M yang diumumkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, Jumaat malam.
Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang RM15,000, serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil yang disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Bagi naib johan, ia disandang oleh qari Mohamad Syaheed Sabri dari Pahang dan qariah Nurul Nadiah Hashim (Johor) yang masing menerima RM10,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji.
Tempat ketiga dimenangi qari dari Negeri Sembilan, Mohamad Husaini Mahmur dan qariah dari Terengganu, Nor Jannah Abd Rahman yang masing-masing menerima RM7,500 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji.
Dalam majlis hafazan dari juzuk 1 hingga 10, bahagian hafiz, Muhamad Al-Jazari Muhammad Helmi dari Kedah dinobatkan sebagai johan diikuti di tempat kedua Abdul Muni'm Ihyauddeen (Wilayah Persekutuan) dan ditempat ketiga, Muhammad Imran Hussin (Selangor).
Untuk bahagian hafizah, Nurul Izzah Mukhali dari Sarawak diumumkan pemenang diikuti Nurul Husna Abdul Aziz (Kedah) di tempat kedua dan Masyithah Mohd Farid (Negeri Sembilan) di tempat ketiga.
Johan menerima RM5,000 dan piala, untuk naib johan menerima RM4,000, tempat ketiga menerima RM2,000 dan RM1,000 untuk penerima saguhati.
Majlis hafazan bagi kategori juzuk 1 hingga 20 menyaksikan Sheikh Muhamad Aiman Hafiy Hishamuddin dari Terengganu dan hafizah dari Kelantan, Putri Auni Khadijah Mohd Hanif masing-masing dinobatkan johan yang menerima RM7,000 dan tambahan RM7,000 untuk menunaikan umrah.
Bagi kategori terakhir iaitu hafazan juzuk 1 hingga 30, johan bahagian hafiz milik Mohamad Hakim Mohd Hisam dari Kedah dan bahagian hafizah, Putri Aminah Mohd Hanif (Kelantan) yang masing-masing menerima RM15,000 dan wang tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, piala dan akaun Al-Awfar berjumlah RM20,000 tajaan Bank Islam.
Majlis Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan itu yang dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Feb lepas dan berlangsung enam hari dengan penyertaan 108 peserta tilawah dan hafazan mewakili 14 negeri.
Semua mereka diadili 12 hakim tilawah dan 14 hakim hafazan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 21 2020
Johan qari dan qariah masing-masing membawa pulang RM15,000, serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil. - Bernama
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi kali ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Tilawah Al-Quran: Qayyim Nizar, Puteri Kalimatul Azzua johan qari, qariah
Mereka masing-masing membawa pulang RM15,000, serta tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderahati dan sijil.