awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Ketua Polis Balai ditahan, dipercayai cabul dua sukarelawan polis di Muar

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
11/05/2020
09:42 MYT
Timbalan Ketua Polis Balai ditahan, dipercayai cabul dua sukarelawan polis di Muar
Suspek seorang pegawai polis berpangkat Sarjan berusia 55 tahun itu direman bagi siasatan lanjut. - Gambar fail
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mengesahkan pihaknya telah menahan seorang Timbalan Ketua Polis Balai (TKPB) di daerah Muar semalam kerana dipercayai mencabul dua anggota sukarelawan polis wanita, antara Rabu hingga Jumaat lalu.
Suspek merupakan seorang pegawai polis berpangkat Sarjan dan berusia 55 tahun.
Dia kini direman bagi siasatan lanjut.
“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Cubaan Cabul), kita akan jalankan siasatan selengkap-lengkapnya. Kalau didapati ada asas untuk tuduh anggota saya ke, pegawai saya ke, pasti akan ditangkap.
“Tidak ada tolak ansur. Ini yang ambil kesempatan anggota atau pegawai perempuan saya ingat (dilakukan) pada bulan puasa,” katanya di sini hari ini.
Adalah dipercayai, mangsa dicabul sewaktu pegawai itu bertugas bersama kedua-duanya di sebuah balai polis bergerak.
Ketika itu mereka ditugaskan untuk memantau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sekitar Muar.
Topic Berkaitan
#cabul
#mangsa
#Muar
#PKP
#polis
#puasa
#siasatan
#suspek
#Timbalan Ketua Polis Balai
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan