awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Menteri Luar nafi tipu kelulusan akademik

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
05/02/2019
08:53 MYT
Timbalan Menteri Luar nafi tipu kelulusan akademik
Marzuki sedia kemuka bukti bagi mengesahkan beliau graduan Universiti Cambridge, England.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya sedia mengemukakan bukti bagi mengesahkan beliau graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge, England.
Sehubungan itu, Marzuki yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menafikan yang beliau menipu latar belakang pendidikannya seperti mana didakwa segelintir pihak.
Marzuki, dalam masa sama menegaskan, beliau enggan melayan dakwaan tidak berasas seperti itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut.
Malah beliau turut menyifatkan dakwaan dirinya menipu latar belakang pendidikannya sebagai permainan politik pihak tertentu yang mahu menjejaskan reputasinya.
"Bagi saya ini adalah satu daripada permainan politik. Terserah kepada polis, yang penting saya jalankan tugas saya dengan baik tanpa masalah," kata Marzuki kepada wartawan selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Menteri Kewangan bersama Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Selasa.
Menurut Marzuki lagi, dakwaan sedemikian merupakan perkara biasa dalam dunia politik dan beliau secara peribadi sudah terbiasa ditohmah dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.
Namun begitu, Marzuki berkata, pihaknya akan mencari penyelesaian terbaik, sekiranya isu berkenaan berlarutan.
Pada masa ini, beliau mahu menumpukan perhatian kepada tugasnya sebagai Timbalan Menteri Luar dan gerak kerja parti menjelang Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Semenyih.
Pada Isnin, seorang aktivis politik Muhsin Abdul Latheef menggesa pihak polis menyiasat dakwaan mengenai Marzuki yang didakwa memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge.
Ia susulan pendedahan seorang warganet dikenali Zulfahan Pagon menerusi akaun Facebook yang mendakwa program PJJ dari Universiti Cambridge yang diikuti Marzuki itu tidak wujud.
Topic Berkaitan
#England
#Marzuki Yahya
#Timbalan Menteri Luar
#Universiti Cambridge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan