awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis rebah di hospital - Pesuruhjaya

Bernama
Bernama
11/01/2020
07:39 MYT
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis rebah di hospital - Pesuruhjaya
Yussainie, 40, kini diletakkan dibawah pemantauan doktor di HTF. - Gambar fail/BERNAMA
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis Yussainie Yahya yang dilaporkan rebah semalam (10 Jan) ketika mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, telah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil.
Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli dalam satu kenyatan hari ini berkata Yussainie, 40, kini diletakkan dibawah pemantauan doktor di HTF dan hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat.
Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung keadaan kesihatan Yussainie.
Selain itu, Badan Perhubungan PAS Perlis turut merayu orang ramai untuk tidak melawat timbalan pesuruhjaya 1 PAS itu sebagai menghormati permintaan ahli keluarganya Yussainie dan membolehkan beliau mendapatkan rehat secukupnya.
Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mendoakan agar Yussainie segera pulih.
Sebelum ini, Shukri pernah dikejarkan ke HTF dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronori (CCU) berikutan beliau rebah ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Muafakat Perdana Nasional di Dewan 2020, Kangar pada September tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Kangar
#Mohd Shukri Ramli
#PAS
#Perlis
#Pesuruhjaya PAS Perlis
#Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis
#Yussainie Yahya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan