awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tindakan aib gambar pemimpin ibarat ludah ke langit' - Dr Wan Junaidi

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
06/02/2016
14:47 MYT
'Tindakan aib gambar pemimpin ibarat ludah ke langit' - Dr Wan Junaidi
WAN JUNAIDI:'Tindakan aib gambar pemimpin macam ludah ke langit' - Gambar fail
Sikap individu yang menyebar atau mengaibkan gambar pemimpin negara diibarat meludah ke langit dan terenjis ke muka sendiri.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, tindakan individu berkenaan juga sekali gus memburukkan imej negara di mata dunia.
"Mereka keterlaluan dalam meracunkan hati dan minda rakyat hingganya orang luar mencermin dan melihat orang Malaysia sebagai sejenis manusia yang dicipta khusus untuk menghuni negara ini, tidak jujur, tidak bermoral dan tidak bernilai tinggi.
"Mulut-mulut yang mencerca dan mencaci pemimpin berlebih-lebihan ini tidak sedar bahawa mereka itu ubah macam meludah ke langit akhirnya terenjis ke mukanya sendiri," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Wan Junaidi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim yang menyifatkan individu yang menyebar atau mengaibkan gambar pemimpin negara bakal berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tegas Noor Rashid, akta berkenaan juga melarang pengguna media sosial menyalahgunakan kemudahan untuk tujuan memburukkan individu tertentu.
Dalam pada itu jelas Wan Junaidi, segelintir rakyat negara ini juga sudah hilang perhitungan waras apabila bertindak di luar batas pemikiran.
"Mereka ini patut sahaja diambil tindakan. Kumpulan ini tidak layak diberi kebebasan kerana menyalahguna kebebasan yang ada," ujarnya.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan mana-mana individu yang cuba untuk mengaibkan gambar pemimpin negara atau pun menjadi penyebar gambar berkenaan bakal berdepan dengan hukuman penjara tidak melebihi satu tahun, atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.
Akta ini turut menetapkan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.
Topic Berkaitan
#polis
#SKMM
#Wan Junaidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan