awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tindakan conteng mural Muhammad Adib tidak waras' - KP Bomba

Bernama
Bernama
30/06/2019
15:56 MYT
'Tindakan conteng mural Muhammad Adib tidak waras' - KP Bomba
Mural yang memaparkan wajah Allahyarham Muhammad Adib di bawah jejambat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab.
Tindakan vandalisme menconteng mural potret arwah anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, di Shah Alam yang viral baru-baru ini adalah tindakan tidak waras.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, sebagai rakyat sebuah negara membangun, tindakan kita sepatutnya selalu rasional.
"Jika tidak berpuas hati dengan pihak tertentu, ia (menconteng mural) bukanlah cara atau tindakan yang betul untuk meluahkan perasaan.
"Jika masih berkelakuan perkara sedemikian, anda seolah-olah tidak mempunyai arah tujuan.
"Bertindaklah seiring dengan status negara maju," katanya kepada pemberita pada majlis Ramah Tamah dan Ngiling Bidai di Ibu Pejabat JBPM negeri Sarawak di sini, pada Ahad.
Media tempatan melaporkan, kejadian vandalisme itu mula ditularkan di media sosial sejak Jumaat lepas dan difahamkan mural itu dilukis bagi memperingati jasa dan pengorbanan Muhammad Adib yang maut dalam insiden rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada hujung tahun lalu.
Muhammad Adib, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera dalam rusuhan di tapak kuil tersebut pada 27 Nov lalu dan menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada 17 Dis.
Sehingga kini, prosiding Inkues kematian Muhammad Adib masih berlangsung dan berada di fasa akhir dalam usaha mencari punca kematian beliau. -- Bernama
Topic Berkaitan
#kuil sri maha mariamman
#Muhammad Adib
#mural Muhammad Adib
#Vandalisme
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan