Tindakan seorang lelaki yang meninggalkan anak jirannya dalam sebuah kereta dengan keadaan enjin tidak dimatikan mengundang padah apabila kenderaan itu dilarikan oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di Taman Kota Masai, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata kejadian pada 2.57 petang itu berlaku ketika lelaki berkenaan berusia 35 tahun singgah di sebuah kedai, selepas solat Jumaat, sebelum pulang ke rumahnya.
"Pengadu meletakkan kereta di hadapan kedai dengan keadaan enjin masih hidup. Dia kemudian turun bersama dua anak lelakinya berumur empat dan enam tahun, sementara anak lelaki jirannya yang berusia tujuh tahun menunggu di dalam kenderaan.
"Ketika itulah kenderaan berkenaan dilarikan oleh individu tidak dikenali," katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.
Ismail berkata pihak polis yang menerima laporan selepas itu telah menggerakkan operasi untuk mengesan kenderaan serta kanak-kanak terbabit.
"Hasil kerjasama dan maklumat orang awam, kanak-kanak itu akhirnya ditemui setelah dipercayai ditinggalkan suspek di Jalan Sentosa 4, Taman Nusa Damai iaitu lebih kurang 2.4 kilometer daripada lokasi kejadian.
"Kenderaan yang dilarikan suspek juga dijumpai berhampiran kawasan kanak-kanak itu ditemui," tambahnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan polis menasihatkan masyarakat agar bersikap lebih peka dalam memastikan keselamatan diri, keluarga dan harta terjaga daripada sebarang ancaman jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
Ismail berkata, pihak polis yang menerima laporan telah menggerakkan operasi untuk mengesan kenderaan serta kanak-kanak terbabit.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Penganggur cium pipi anak jiran, dipenjara empat tahun, satu sebatan
Tindakan seorang penganggur mencium pipi kanak-kanak perempuan lapan tahun bagi tujuan seksual, mengundang padah.
Rogol remaja 13 tahun hingga mengandung, warga emas kekal dipenjara 12 tahun
Seorang bekas pemandu lori kekal menjalani hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana merogol anak jirannya, sehingga remaja berumur 13 tahun itu mengandung dan cuba membunuh diri.
Buruh Indonesia mengaku bersalah rogol anak jiran bawah umur
Seorang buruh Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan yang berusia 16 tahun serta menipu seorang pengawai polis.
Lelaki dibunuh kerana tegur anak jiran buat bising - Polis Perak
Suspek dikatakan marah kerana mangsa menegur anaknya membuat bising dengan menunggang motosikal di hadapan rumah lelaki itu.
Tindakan lelaki tinggalkan anak jiran dalam kereta tidak dimatikan enjin undang padah
Kejadian pada 2.57 petang itu berlaku ketika lelaki berkenaan berusia 35 tahun singgah di sebuah kedai, selepas solat Jumaat, sebelum pulang ke rumahnya.