awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan menahan dua wartawan Australia wajar - Polis

Bernama
Bernama
15/03/2016
00:04 MYT
Tindakan menahan dua wartawan Australia wajar - Polis
NOOR RASHID: Penahanan kedua-dua wartawan itu perlu bagi menjaga dan memastikan keselamatan pemimpin selain ketenteraman awam tidak terganggu. - Foto BERNAMA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan tindakan menahan dua warga Australia yang merempuh kawalan keselamatan dan bertindak agresif untuk mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuching pada Sabtu lepas sebagai tindakan yang wajar.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata penahanan kedua-dua wartawan itu perlu bagi menjaga dan memastikan keselamatan pemimpin selain ketenteraman awam tidak terganggu.
"Dalam dunia sekarang yang terdedah dengan ancaman Daish, keselamatan pemimpin menjadi keutamaan, maka kawalan keselamatan terhadap pemimpin sesebuah negara diperketatkan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur di sini, pada Isnin.
Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh, dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu menggantikan Datuk Tajuddin Md Isa yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
Dalam kejadian pada 8.35 malam itu, polis menahan dua rakyat Australia di Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki, Kuching kerana cuba mendekati Najib secara agresif ketika Perdana Menteri menghadiri majlis bersama rakyat.
Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan bagi siasatan lanjut sebelum dibebaskan pada Ahad (semalam) dengan jaminan polis setelah keterangan mereka direkodkan.
Kedua-dua rakyat Australia yang masing-masing berusia 51 dan 39 tahun itu mendakwa bertugas sebagai wartawan dengan Australian Broadcasting Corporation berpangkalan di Sydney.
Ketika ditanya sama ada kedua-dua warga Australia itu mempunyai kaitan dengan kumpulan Daish, Noor Rashid berkata: "Tak mungkin."
"Kalau kita tengok profil kedua-dua warga Australia itu, mereka merupakan 'investigative journalist', cuma tindakan mereka itu agak keterlaluan, maka kita perlu tahan dan soal siasat mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#Australia
#Najib Razak
#Noor Rashid Ibrahim
#PDRM
#Perdana Menteri
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan