awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan pemandu bas, beberapa pemuda bantu mangsa banjir dipuji masyarakat

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
19/07/2020
12:23 MYT
Tindakan pemandu bas, beberapa pemuda bantu mangsa banjir dipuji masyarakat
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.50 malam dan pemandu bas berkenaan, Izan Shah Samsuddin, 33 tahun, secara kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk ke Hab MRT Kajang. - Foto Facebook/Mohd Zulhairi Zainol
Tindakan pantas salah seorang pemandu bas perantara MRT dan beberapa pemuda yang memberikan bantuan kecemasan terhadap seorang penduduk di Taman Bangi ketika ditimpa musibah banjir kilat ternyata mendapat pujian masyarakat.
Ia selepas situasi bantuan itu dirakam dan disiarkan menerusi laman sosial Facebook, pada Sabtu.
Paparan video berdurasi lebih 40 minit itu menunjukkan salah seorang penduduk yang terlantar sakit di taman tersebut diusung oleh beberapa pemuda bagi memindahkan mangsa ketika air mula naik di kawasan perumahan berkenaan.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.50 malam dan pemandu bas berkenaan, Izan Shah Samsuddin, 33, secara kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk ke Hab MRT Kajang.
Pada waktu kejadian, Izan melihat beberapa pemuda melambai-lambai ke arah bas yang dipandunya.
Melihat kejadian itu, Izan segera memberhentikan bas yang dipandunya dan memberikan bantuan kepada mangsa.
Pada ketika itu, air telah mencecah paras lutut dan kenderaan ringan tidak boleh melalui kawasan berkenaan.
Mangsa terbabit kemudiannya dibawa ke kawasan yang selamat sementara menunggu pasukan perubatan tiba.
Sumber Facebook mohdzulhairi.zainol.9
Susulan insiden itu, pihak pengurusan Prasarana Malaysia Berhad menerusi satu kenyataan pada Ahad, turut menzahirkan ucapan terima kasih terhadap tindakan pantas Izan dan beberapa pemuda yang membantu mangsa.
“Pihak pengurusan Prasarana Malaysia Berhad berterima kasih atas tindakan pantas salah seorang kapten bas perantara MRT yang memberikan bantuan kecemasan kepada penduduk ketika musibah banjir kilat semalam,” kata kenyataan tersebut.
Topic Berkaitan
#banjir
#Facebook
#Kajang
#laman sosial
#mangsa
#mangsa banjir
#MRT
#pemandu bas
#pemuda
#prasarana
#Tular
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan