awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan pengganas di Sri Lanka tidak cermin Islam agama keamanan

Bernama
Bernama
24/04/2019
15:25 MYT
Tindakan pengganas di Sri Lanka tidak cermin Islam agama keamanan
Tentera Sri Lanka berkawal di hadapan gereja St. Anthony di Kochchikade selepas kejadian letupan di Colombo, Sri Lanka, 21 April, 2019. REUTERS
Malaysia mengutuk keras serangan bom hari Easter di Sri Lanka, yang Daesh (Islamic State) dakwa bertanggungjawab hingga mengakibatkan lebih 320 orang terbunuh.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini menggesa kerajaan Sri Lanka mengheret mereka yang melakukan jenayah dahsyat itu ke muka pengadilan.
"Tindakan teroris itu jelas tidak mencerminkan Islam sebagai agama perdamaian," katanya.
"Sedangkan Islam adalah agama 'rahmatan lil alamin,' ujarnya.
BACA: Tragedi Sri Lanka: Suspek Daesh beri amaran awal berkenaan serangan bom?
Saifuddin berkata kerajaan dan rakyat Malaysia berdiri teguh untuk perpaduan bersama kerajaan dan rakyat Sri Lanka.
"Kami berdoa semoga keluarga mangsa, orang yang disayangi dan mereka yang terjejas, tabah menghadapi saat-saat penuh ujian ini," kata beliau.
BACA: Tragedi Sri Lanka: Angka korban meningkat 290 mangsa, 24 suspek ditahan - Polis
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom
#Daesh
#Islam
#jenayah
#kerajaan
#pengganas
#rakyat Malaysia
#Saifuddin Abdullah
#serangan
#Sri Lanka
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan