awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemerdagangan manusia: Sembilan warga Indonesia diberkas di Pontian
Musk tuntut sehingga US$109.4 bilion daripada OpenAI atas "keuntungan salah"
Penyokong anjur solat hajat perdana, mohon keadilan buat Najib Razak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas terhadap peniaga naik harga tidak munasabah - KPDNHEP

Bernama
Bernama
19/01/2020
12:36 MYT
Tindakan tegas terhadap peniaga naik harga tidak munasabah - KPDNHEP
Pihak KPDNHEP tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan pencatutan atau tidak patuh kepada Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2020. - Gambar fail
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah sempena Tahun Baharu Cina.
Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementerian tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan pencatutan atau tidak patuh kepada Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2020.
Rampasan serta tindakan tegas dalam bentuk denda dan/atau penjara juga akan dikenakan, kata beliau dalam satu kenyataan susulan aduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkenaan kenaikan harga sayuran baru-baru ini.
Beliau turut mengingatkan peniaga bahawa SHMMP Tahun Baharu Cina 2020 akan berkuat kuasa mulai 20 Jan hingga 2 Feb ini, dengan harga maksimum ditetapkan bagi 16 barangan keperluan utama.
"Lebih 2,300 pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan aktif memantau semua premis peniagaan bagi memastikan kepatuhan dengan SHMMP Tahun Baharu Cina 2020 dan tidak berlaku pencatutan," katanya.
Saifuddin Nasution berkata pegawai penguatkuasa KPDNHEP telah diarahkan untuk memberi Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 kepada premis-premis yang menaikkan harga bagi mendapatkan penjelasan mengenai punca kenaikan.
Pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha ini dengan melaporkan kepada KPDNHEP melalui mana-mana sembilan saluran aduan termasuk saluran WhatsApp di talian 019-2794317, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
#KPDNHEP
#peniaga naikkan harga
#Saifuddin Nasution Ismail
#Tahun Baharu Cina
#tidak munasabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan