Seorang lelaki berusia 42 tahun dikhuatiri lemas selepas bertindak terjun dari jambatan Sultan Yahya Petra di sini sekitar jam 10 pagi Isnin.
Mangsa yang dikenali sebagai Bisrafel Bijuri, dikatakan menunggang motosikal berseorangan dan meninggalkan motosikal yang dinaikinya di atas jambatan sebelum terjun ke dalam sungai.
Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Kelantan, Mohd Farid Ismail, gerakan mencari mangsa dilakukan selepas menerima maklumat dari orang awam sekitar jam 10.30 pagi tadi.
“Seramai 22 anggota Bomba termasuk Pasukan Penyelamatan di air, PPDA terlibat dalam operasi pencarian yang dilakukan di sekitar kawasan mangsa jatuh” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
“Keadaan arus sungai yang deras serta keadaan air yang berkelodak turut menjadi kekangan dalam operasi pencarian yang dimulai sekitar jam 11 pagi tadi,” katanya.
Mangsa yang dikatakan mempunyai dua orang anak dan bekerja sebagai jurujual kereta dipercayai mengalami kemurungan.
Vivi Sumanti
Mon Oct 28 2019
Keadaan arus sungai yang deras serta keadaan air yang berkelodak turut menjadi kekangan dalam operasi pencarian.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Mayat lelaki terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra ditemui
Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi JBPM Kelantan, Mohd Farid Ismail, mayat mangsa ditemui timbul sekitar jam 9.50 malam.
Bergaduh dengan ibu, lelaki bertindak terjun jambatan
Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental, dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra pagi tadi.
Penjelasan JKR mengenai spekulasi Jambatan Sultan Yahya Petra retak
Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan berita yang tersebar di media sosial mengenai kononnya Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan telah tergelincir daripada tiang asal adalah tidak benar
Jambatan Sultan Yahya Petra ditutup
Jambatan Sultan Yahya Petra yang menghubungkan bandar ini dengan Pasir Pekan di Tumpat, kini ditutup kepada semua lalu lintas.