Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan dua anggotanya yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi dekat Sitiawan di sini, berada dalam keadaan sihat sebelum dimasukkan ke pusat tahanan itu.
Panglima Tentera Laut Tan Sri Kamarulzaman Badaruddin berkata TLDM sememangnya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang setiap anggota yang dimasukkan ke pusat tahanan perlu menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu.
"Kami mengesahkan bahawa dua anggota terbabit sihat sebelum dimasukkan ke pusat tahanan, namun kami tidak mahu mengulas lanjut mengenainya kerana ia masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia kepada 51 Veteran Pasukan Khas Laut (Paskal) sempena sambutan Ulang Tahun Paskal ke-35 di Markas Paskal TLDM di sini hari ini.
Beliau berkata Lembaga Siasatan TLDM yang bersidang semalam tidak akan campur tangan siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaliknya membincangkan serta meneliti semula SOP.
"Lembaga ini akan meneliti sama ada SOP masih relevan dan komprehensif diguna pakai selain menyiasat sama ada anggota yang bertugas ketika kejadian mematuhi SOP atau sebaliknya," katanya.
Katanya, lembaga itu yang terdiri daripada lima anggota, diketuai kapten dan kesemua mereka mempunyai kepakaran dalam bidang keselamatan serta kesihatan pekerjaan.
Kamarulzaman berkata pihaknya memandang serius dan tidak akan berkompromi atau melindungi anggota yang melakukan jenayah selain memberi kerjasama sepenuhnya kepada PDRM bagi membantu proses siasatan.
"Keadilan perlu ditegakkan dan saya akan pastikan anggota yang bersalah dikenakan tindakan undang-undang kerana ia menjejaskan imej, kebajikan dan integriti perkhidmatan," katanya sambil menambah pusat tahanan itu tidak akan ditutup.
Tambah Kamarulzaman, pihaknya turut melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa dan TDLM akan membantu anggota keluarga daripada aspek kebajikan.
LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di bilik tahanan berkenaan dipercayai didera berdasarkan laporan bedah siasat daripada Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Bedah siasat yang dilakukan ke atas Nik Muhammad Baihaqy mendapati kematiannya disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul manakala Muhammad Lailatuliman meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.
Susulan itu, tiga anggota TLDM direman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2017
KAMARULZAMAN: Keadilan perlu ditegakkan dan saya akan pastikan anggota yang bersalah dikenakan tindakan undang-undang kerana ia menjejaskan imej, kebajikan dan integriti perkhidmatan. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
TLDM sahkan dua anggota meninggal sihat sebelum ditahan
TLDM sememangnya mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang setiap anggota yang dimasukkan ke pusat tahanan perlu menjalani ujian kesihatan terlebih dahulu.