awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ jawab amaran Dr Mahathir

Astro Awani
Astro Awani
09/04/2019
12:24 MYT
TMJ  jawab amaran Dr Mahathir
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan sedia berhadapan dengan tindakan selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia berhadapan dengan tindakan terhadapnya selepas mengkritik usaha kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom.
Dalam ciapan di laman Twitter peribadinya, Tunku Ismail 'mempersilakan' Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbuat demikian.
“Sila. If I have to go down kerana menegakkan Perlembagaan/Constitution, Raja-Raja Melayu, dan Islam.
“Dengan apa-apa cara pun. Anda tahu di mana hendak cari saya,” tulis beliau.
Sila. If i have to go down kerana mempertegakkan Perlembagaan/Constitution, Raja Raja Malayu, dan Islam. By all means. You know where to find me. Macam Rakyat biasa saya berhak tanya Soalan dan beri pendapat. Im all yours. Finish what you start. https://t.co/07DEow5gpK
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) April 9, 2019
Dalam kenyataan itu juga, Tunku Ismail mempertahankan tindakannya memberikan pandangan seperti rakyat biasa.
“Macam Rakyat biasa saya berhak tanya soalan dan beri pendapat. I’m all yours. Habiskan apa yang anda mulakan,” kata Tunku Ismail lagi.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam kenyataannya menegaskan, tiada siapa di negara ini termasuk Tunku Ismail akan terlepas daripada dikenakan undang-undang sekiranya ada kenyataan yang dibuat melanggar undang-undang.
Menurut Dr Mahathir, Tunku Ismail boleh memberi pandangan asalkan tidak buat kenyataan yang dianggap hasutan.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula dalam reaksinya berkata: "Kita menghormati hak Tunku untuk mengkritik.
"Patik berkarap Tunku pun menghormati hak rakyat untuk membalas kritikan tersebut. Tidak perlu memperlekeh, mengugut atau mencaci."
Kita menghormati hak tunku untuk mengkritik, Patik berharap Tunku pun menghormati hak rayat untuk membalas kritikan tersebut. Tidak perlu memperlekeh, mengugut atau mencaci. https://t.co/ZcMd4L4EZo
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) April 9, 2019
BACA: TMJ bebas kritik kerajaan, tetapi jangan langgar undang-undang - Tun M
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#TMJ jawab amaran Dr Mahathir
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#Tunku Mahkota Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan