awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'TMJ salah sebab tuduh Najib sembunyikan sesuatu' - Nazri

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2015
04:19 MYT
'TMJ salah sebab tuduh Najib sembunyikan sesuatu' - Nazri
NAZRI: 'TMJ salah sebab tuduh Najib sembunyikan sesuatu.' -Gambar fail
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz dilihat seolah-olah tidak mempedulikan amaran Tunku Ismail Sultan Ibrahim, malahan menuduh Tengku Mahkota Johor itu bersalah dalam 'krisis' panas di antara mereka.
Tegas Nazri, sepertimana dipetik portal Malaysiakini, kesalahan Tunku Ismail adalah kerana menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai sesuatu yang disembunyikan apabila tidak hadir ke majlis #Nothing2Hide baru-baru ini.
"Saya boleh faham jika putera itu kata 'saya sedih kerana dia (Najib) tidak hadir'. Saya boleh terima. Itu tidak campur hal politik.
"Tetapi dia kata, 'sudah tentu dia (Najib) tidak hadir dalam (dialog) Nothing to Hide kerana ada sesuatu hendak disembunyikan.
"Itu bersifat menghukum. Ia bermakna Tunku Ismail Sultan Ibrahim daripada Johor sudah menghukum PM salah. Itu apa yang tidak kerana dengannya," katanya.
BACA: 'Saya pertahankan Najib, saya pula yang kena panggil' - Nazri Aziz
Selain itu, Nazri menjelaskan kenyataan Tunku Ismail berbeza dengan sokongan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang bertitah Raja-raja Melayu tidak berpihak kepada anutan dan fahaman politik kepartian dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.
BACA: 'Nazri, tolong bijak beza pemimpin berkuasa, berpengaruh dan kerabat diraja' - Rahim
Sebelum ini, Nazri berkata, dia bersedia untuk disiasat berhubung kenyataannya terhadap Tunku Ismail dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.
BACA: Jauhkan diri dari politik..., tegas Nazri kepada TMJ
Pada Sabtu lepas, Nazri mengecam Tunku Ismail ekoran status Facebook Baginda mengenai sesi dialog #Nothing2Hide.
Nazri juga menegaskan, Tunku Ismail harus menjauhkan diri daripada politik.
Topic Berkaitan
##hothing2hide
#najib
#nazri
#Tengku Mahkota Johor
#TMJ
#tuduhan
#Tunku Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan