awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB beri diskaun RM288 juta sepanjang PKP, PKPB

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
19/05/2020
07:52 MYT
TNB beri diskaun RM288 juta sepanjang PKP, PKPB
Tengku Zafrul memaklumkan sehingga 17 Mei 2020, kerajaan menerima 4.4 juta permohonan bagi program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). - Gambar fail
Semua pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menerima diskaun berjumlah RM288 juta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, diskaun itu direkodkan sehingga 17 Mei 2020 dan 67 peratus daripadanya merupakan pengguna domestik manakala selebihnya melibatkan perindustrian.
“Majoriti jumlah ini telah memanfaatkan rakyat dari segi mengurangkan beban bayaran bil elektrik bulanan terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya dalam siaran langsung Perkongsian Laporan Ke-6 Pencapaian Prihatin - Laksana pada Selasa.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan sehingga 17 Mei 2020, kerajaan menerima 4.4 juta permohonan bagi program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Sebanyak 3.9 juta permohonan telah diluluskan iaitu peningkatan daripada 3.7 juta permohonan yang diluluskan dari minggu lalu.
“Jumlah pembayaran ini melibatkan RM1.83 bilion sebulan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#bilion
#diskaun
#domestik
#EPF
#i-lestari
#industri
#KWSP
#lulus
#Menteri Kewangan
#Tengku Zafrul
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan