awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB nafi seluruh negara bakal bergelap Ahad ini

Bernama
Bernama
15/12/2016
09:47 MYT
TNB nafi seluruh negara bakal bergelap Ahad ini
Satu posting yang viral di media sosial mendakwa bahawa seluruh negara akan bergelap pada Ahad (18 Dis) ini. - Gambar hiasan
Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini menafikan satu posting yang viral di media sosial mendakwa bahawa seluruh negara akan bergelap pada Ahad (18 Dis) ini.
Sehubungan itu, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi TNB Datuk Mohd Aminuddin Amin menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan di media sosial.
"Pengguna dinasihat agar tidak berkongsi posting tersebut kerana ia telah menyebabkan kekeliruan," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut posting berkenaan, pada 18 Dis ini negara akan bergelap dari pukul 10 pagi sehingga 5 petang.
Mohd Aminuddin juga meminta supaya orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai kerja-kerja berkala TNB supaya melayari laman web syarikat itu.
"Pengguna boleh melayari laman web kami di https://www.tnb.com.my/ ataupun menghubungi pegawai khidmat pelanggan kami di laman Facebook TNB Careline atau di talian 1300885454," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Malaysia bergelap
#Mohd Aminuddin Amin
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan