Seramai 21 Orang Asli yang berpengaruh dalam masyarakatnya di Perak ditauliahkan sebagai Ikon Gigi Orang Asli (iGG-OA) dalam program perintis bagi menyampaikan mesej berkaitan kesihatan pergigian dengan meluas mulai tahun ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata kesemua iGGOA yang terpilih berkenaan merupakan Tok Batin daripada daerah Batang Padang, Muallim, Kampar, Kinta, Perak Tengah dan Hilir Perak.
"Hasil kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti tabiat dan kepercayaan Orang Asli suku Semai pada 2001 mendapati berubat sendiri merupakan kaedah utama penyembuhan selain mendapatkan bantuan orang asli yang pandai mengubati penyakit yang dikenali sebagai 'Tok Halaq'.
"Namun setelah pemeriksaan mendapati penyakit disebabkan kuman atau tidak mampu diubati Tok Halaq, pesakit akan dinasihati untuk mendapatkan rawatan dengan doktor maka peranan Tok Halaq atau individu berpengaruh seperti Tok Batin memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan masyarakat Orang Asli," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Program iGG-OA Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) di sini pada Khamis.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia Perak A. Sivanesan dan Ketua Pengarah Jakoa Prof Dr Juli Edo.
Beliau berkata iGG-OA akan bertindak sebagai pemudah cara untuk meningkatkan kesedaran dalam masyarakat mereka tentang kepentingan kesihatan pergigian.
"Penemuan daripada kajian kebangsaan National Oral Health Survey for Adults 2010 mendapati sembilan dari 10 orang dewasa di negara ini mempunyai masalah penyakit gusi manakala 89 peratus orang dewasa mempunyai masalah karies pergigian," katanya.
Katanya kajian juga menunjukkan ramai individu yang merasakan mempunyai kesihatan pergigian yang baik namun setelah pemeriksaan dilakukan, hampir 98.3 peratus memerlukan rawatan pergigian.
Dr. Dzulkefly berkata dari segi perkhidmatan kesihatan pergigian, seramai 46,898 populasi Orang Asli di seluruh negara ini telah menerima manfaat perkhidmatan kesihatan pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun lepas merangkumi perkhidmatan di fasiliti pergigian statik dan bergerak.
Program Ikon Gigi dilaksanakan selari dengan Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) dan Pelan Tindakan KKM 2016-2020, Teras Strategik 3: Memperkukuh Individu, Keluarga dan Masyarakat Mengenai Kesihatan.
Sehingga kini, seramai 500 Ikon Gigi yang terdiri daripada kumpulan profesional sehingga surirumah ditauliahkan di seluruh negara dan telah menyampaikan mesej-mesej kesihatan pergigian kepada seramai 30,000 orang pada tahun lepas.
Sementara itu,Tok Batin dari Kampung Kampung Hijau di sini yang dipilih sebagai iGG-OA, Yok Raman, 54, berkata beliau diberikan panduan daripada KKM untuk memberi kesedaran dalam masyarakat Orang Asli mengenai penjagaan kesihatan khususnya pergigian.
"Saya secara sukarela sebagai ikon gigi akan berada di tempat-tempat tumpuan Orang Asli untuk menyampaikan mesej-mesej mengenai kesihatan pergigian seperti cara membersihkan gigi dengan betul, penjagaan pemakanan dan sebagainya.
"KKM juga sering bersama-sama mengadakan program-program kesedaran mengenai kesihatan pergigian di perkampungan Orang Asli" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2019
Dr Dzulkefly mendengar penerangan daripada Pegawai Pergigian Dr Nur Amalina Muhamad (empat, kiri) pada program Ikon Gigi Orang Asli peringkat kebangsaan 2019 di Kampung Orang Asli Menderang 1, Sungkai, 11 Julai, 2019. --fotoBERNAMA
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Agong berkenan menerima menghadap Fahmi, Dzulkefly
Pada sesi menghadap itu, Fahmi mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkembangan media sosial di negara ini.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
KKM sasar tempoh 4-5 tahun laksana transformasi kesihatan digital
Pelaksanaan transformasi menerusi strategi 'satu individu satu rekod' itu akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan terlibat.
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.
GEG: Pengguguran dari akta kawal rokok tiada kaitan tindakan pelobi industri
Pengguguran Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Bazar Ramadan: Tiada aduan keracunan makanan diterima setakat ini - KKM
Dr Dzulkefly berkata, ia merupakan petanda baik dipamerkan pengendali makanan.
Menteri Kesihatan alami gejala renal colic
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk kepada jabatan kecemasan pada Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic.