Tutup

Tok Mat dakwa serangan ke atasnya lebih kepada isu peribadi

Tok Mat dakwa serangan ke atasnya lebih kepada isu peribadi
Media sosial tular sejak kebelakangan ini dengan dakwaan Mohamad memiliki banglo bernilai kira-kira RM6 juta di Saujana Duta, Seremban 2 yang yang direka dengan bumbung berbentuk Minangkabau. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan serangan yang dibuat ke atasnya lebih bersifat peribadi berbanding keadaan semasa yang berlaku di Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, beliau yakin keadaan itu difahami oleh ramai apabila taktik-taktik kotor dilakukan semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
“Ini dilakukan semasa dalam kempen untuk menjejaskan imej calon. Saya tak ada jejaskan imej calon. Saya hanya cakap mengenai Pakatan Harapan dan dasar mereka.

“Ada yang ambil gambar rumah saya menggunakan drone. Dari segi rekabentuk pun tak sesuai.
“Jika anda kenal saya, saya bukannya ada darah Minang pun. Jadi ia bukan (rumah saya),” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama BN di Rantau, Negeri Sembilan.

Media sosial tular sejak kebelakangan ini dengan dakwaan Mohamad memiliki banglo bernilai kira-kira RM6 juta di Saujana Duta, Seremban 2 yang yang direka dengan bumbung berbentuk Minangkabau.

Selain itu, calon PH, Dr S Streram semalam turut meminta penjelasan Mohamad berhubung dakwaan sama.

Ekoran itu, Mohamad menjelaskan beliau pernah dimarahi semasa menjadi Menteri Besar apabila dikatakan tidak menyambung legasi bangunan di Negeri Sembilan mengikut spesifikasi Minangkabau.

BACA: Checklah! Malas nak layan cerita budak-budak bodoh - Tok Mat

“Saya telah pun ubah suai. Rekabentuk rumah Negeri Sembilan ada cirinya sendiri. Ada serambi kecil.

“Tetapi rumah Minangkabau melengkung macam ada tanduk,” jelasnya.

Mohamad secara keseluruhan melihat tuduhan yang dibuat ke atasnya tidak akan mengganggu-gugat kempennya dalam PRK Rantau.

Tambahnya, serangan peribadi yang dilakukan itu adalah fitnah belaka.





Tag: Mohamad Hasan, Barisan Nasional, Pakatan Harapan, Menteri Besar, Negeri Sembilan, pilihan raya kecil, PRK Rantau, Rantau Memilih, pilihan raya



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.