awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokoh besar dunia pun takut digelar ulama, tapi di Malaysia...?

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2018
02:10 MYT
Tokoh besar dunia pun takut digelar ulama, tapi di Malaysia...?
MOHD ASRI: Jika memang ada latar ilmu yang memadai, maka tidak mengapalah digunakan.
Penggunaan istilah ‘ustaz’ dan ‘ulama’ di negara ini perlu dikawal supaya hanya pihak yang mempunyai latar ilmu yang memadai boleh dirujuk dengan gelaran itu.
Perkara itu dinyatakan Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, atau Dr. Maza, dalam satu kenyataan yang muat naik di akaun Facebooknya.
“Saya rasa perkataan yang paling bahaya digunakan ialah ‘ulama’. Ini seperti tokoh ulama, dewan ulama, majlis ulama, syura ulama dan seumpamanya. Tokoh-tokoh besar dunia pun takut untuk memanggil diri mereka ulama.
“Di Malaysia, dengan mudah wujud istilah-istilah ini. Jika memang ada latar ilmu yang memadai, maka tidak mengapalah digunakan. Bimbang sebaliknya,” ujar Mohd Asri.
Kenyataan Dr Maza itu hadir lantaran beliau bersetuju dengan ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, dalam satu seminar, yang memperkatakan tentang perlunya kawalan terhadap penggunaan gelaran 'ustaz' dengan sewenang-wenangnya.
Menurutnya, perkara itu dibimbangi akan membuatkan masyarakat terkeliru dan menyangka fakta yang salah itu benar, hanya kerana gelaran berkenaan.
Topic Berkaitan
#agama islam
#ilmu agama
#is lam
#kekeliruan masyarakat
#Mohd Asri Zainal Abidin
#rakta malaysia
#sarjana hadis
#ulama
#ustaz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan