awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokoh pendidikan Tan Sri Ainuddin Wahid meninggal dunia

Bernama
Bernama
28/05/2013
12:59 MYT
Tokoh pendidikan Tan Sri Ainuddin Wahid meninggal dunia
Tokoh pendidikan Tan Sri Ainuddin Wahid, 83, meninggal dunia di kediamannya di sini hari ini kerana sakit tua.
Anak sulung Allahyarham, Saifudin, 53, berkata ayahnya meninggal pada pukul 5.25 petang di rumahnya di No 3, Jalan 7, Taman Tunku Abdul Rahman (TAR), Ampang.
Selain Saifudin, Allahyarham turut meninggalkan seorang anak perempuan, Aida. Isterinya, Puan Sri Rahmah Abdul Hamid meninggal dunia pada 1989.
Ainuddin, naib canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memainkan peranan penting dalam mentransformasi Maktab Teknik Kuala Lumpur (MTKL) kepada Institut Teknologi Kebangsaan pada 1972, sebelum dinaik taraf kepada UTM tiga tahun kemudian.
Beliau memegang jawatan Naib Canselor UTM sejak 1975 hingga bersara pada 1989.
Ainuddin merupakan anak Melayu pertama dilantik sebagai pengetua MTKL pada 1969.
Allahyarham, anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu turut dikenali sebagai 'orang kuat' di sebalik penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama rakan senegerinya Allahyarham Aminuddin Baki, seorang lagi tokoh pendidikan negara.
Topic Berkaitan
#tan sri ainuddin wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan