Tutup

Tolak juga anasir perpecahan dalam agama, kaum sendiri - Guan Eng

Tolak juga anasir perpecahan dalam agama, kaum sendiri - Guan Eng
Menteri Kewangan Lim Guan Eng (kanan) beramah mesra dengan penduduk Kampung Benggali, Forak Ibrahim, 60, ketika menyampaikanCsempena bulan kebangsaan setelah mengadakan lawatan di kampung berkenaan hari ini. - Foto BERNAMA
BUTTERWORTH: Perpaduan dalam kalangan masyarakat mesti dikekalkan dan rakyat negara ini perlu bersatu hati menolak anasir perpecahan yang cuba ditimbulkan oleh mana-mana kumpulan atau pihak tanpa mengira kaum, agama atau bangsa.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu perlu dihayati dan diinsafi semua pihak demi mengecapi kemakmuran yang merupakan tanggungjawab bersama seluruh rakyat.

Tegasnya, rakyat juga perlu menolak anasir perpecahan yang cuba ditimbulkan oleh mana-mana kumpulan atau pihak di dalam kaum atau agama sendiri.
"Sekiranya tidak ada perpaduan maka segalanya tidak akan tercapai oleh itu kita harus mengenali aspek penting ini dan sekali kukuhkan perpaduan yang erat di kalangn rakyat.

"Sekiranya kita bersatu padu, tidak ada apa yang tidak boleh berjaya, tetapi sekiranya kita bepecah apa yang kita buat kita akan gagal.
"Ini harus kita hayati dan insafi supaya kita menolak  mana-mana pihak antara rakyat, agama atau dalam kalangan kaum sendiri pecah belahkan rakyat harus ditolak," katanya selepas menghadiri majlis memperkenalkan Jalur Gemilang gergasi yang diperbuat daripada botol air mineral terpakai di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Pusat di sini pada Ahad.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan gembira kerana semua sekolah di seluruh negara telah menumpukan usaha untuk menyambut Bulan Kemerdekaan.

Katanya, usaha itu membolehkan rakyat khususnya generasi muda mengimbas semula kejayaan negara dalam mencapai kemerdekaan atas usaha dan titik peluh semua rakyat tanpa mengira kaum.

Kejayaan itu adalah berlandaskan perpaduan yang ditunjukkan oleh semua rakyat, sekiranya tidak ada perpaduan, maka segalanya tidak akan tercapai.

Tag: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, perpaduan, rakyat, bersatu padu, Jalur Gemilang, MerdekaKU, MalaysiaKU, Ahli Parlimen Bagan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.