awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tommy Thomas memang layak - Peguam

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
06/06/2018
00:19 MYT
Tommy Thomas memang layak - Peguam
SYAHREDZAN: Tidak kira bangsa atau agama seseorang itu, dia layak sekiranya mempunyai kriteria utama iaitu berintegriti dan sifat itu ada pada Tommy Thomas.
Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang telah mendapat perkenan dari Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V disifatkan sebagai satu langkah yang betul.
Menurut peguam Syahredzan Johan, Tommy layak menjawat jawatan tersebut kerana beliau mempunyai integriti yang merupakan kriteria utama yang perlu ada pada seorang Peguam Negara.
“Dari segi kelayakan, pelantikan Tommy Thomas ini tidak perlu dipersoalkan kerana beliau memang layak untuk menjawat jawatan tersebut.
“Tidak kira bangsa atau agama seseorang itu, dia layak sekiranya mempunyai kriteria utama iaitu berintegriti dan sifat itu ada pada Tommy Thomas,” jelasnya dalam program ‘100 Hari Malaysia Baharu’ yang dihoskan oleh Nazri Kahar pada Selasa.
Pada Selasa, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.
"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.
BACA: Agong perkenan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara
Topic Berkaitan
#peguam
#Peguam Negara
#Syahredzan Johan
#Tommy Thomas
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan