Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi amaran kepada Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) agar tidak bersekongkol dengan pihak pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan melalui undi tidak menyokong Bajet 2016.
Undi meluluskan Bajet 2016 akan diadakan pada persidangan Dewan Rakyat yang berakhir 3 Dis ini.
Katanya beliau tahu sesiapa Anggota Parlimen BN yang terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan dan perdana menteri kerana ia telahpun berjalan sejak tiga ke empat bulan yang lalu.
"Saya tahu Anggota Parlimen BN yang telahpun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan...saya akan perhati satu-satu undi mana-mana Anggota Parlimen (134 Anggota BN) yang menolak Bajet 2016," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Konvensyen UMNO Terengganu 2015 di Hotel Primula Beach Resort di sini, pada Jumaat malam.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, yang juga Menteri Besar Terengganu.
Beliau berkata konspirasi itu turut menggunakan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB), dana RM2.6 bilion dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk menjatuhkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya kerajaan yang memerintah hari ini adalah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ahli UMNO perlu mempertahankan ia dengan apa cara sekalipun demi kepentingan rakyat dan negara.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO, berkata UMNO tidak pernah sunyi daripada berhadapan kemelut dan krisis sejak awal penubuhannya 69 tahun lalu termasuk ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.
Katanya dalam UMNO pertukaran pucuk pimpinan itu adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang baharu dalam politik parti yang menjadi tunjang BN itu.
"Kita diajar untuk taat kepada pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan sokong pemimpin yang baharu, bukan cara UMNO tikam dari belakang...setiap krisis kita perlu atasi bersama, bukan ketika senang sahaja kita bersama, semasa susah juga kita perlu bersama," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta semua ahli supaya sentiasa menyokong kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ahmad Razif bagi mencapai kemenangan besar pada Pilihan raya Umum ke-14.
Menurutnya dalam senario politik Terengganu, BN dilihat mempunyai peluang untuk kembali meraih lebih banyak kerusi yang ketika ini hanya memenangi 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Antara yang hadir pada majlis itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.
Konvensyen Umno Terengganu kali ini dihadiri 848 perwakilan daripada lapan bahagian dan 153 jemputan khas dari veteran UMNO, ahli Persatuan Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) serta wakil anak muda Permata.
Bernama
Sat Nov 07 2015
ZAHID: Saya tahu Anggota Parlimen BN yang telahpun dipujuk pembangkang dan ada juga yang mengugut kerajaan.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Penganggur didakwa edar heroin 9.2 kilogram
Seorang lelaki, A. Nathan, didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar 9.2 kilogram.
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
[TERKINI] KDNK berkembang 4.2% pada suku pertama 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, prestasi ini didorong oleh aktiviti permintaan domestik yang menggalakkan dan disokong oleh keadaan pasaran buruh yang lebih baik.
Google Photos kelak boleh sembunyi meme, gif
Google menguji kemampuan menyembunyikan meme dan GIF yang telah disandarkan agar laman utama Google Photos lebih kemas.
Waspada guna AI untuk jenayah - Pakar
Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja boleh memudahkan tugasan harian.
Namun Pemangku Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil Talib berpendapat jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
Namun Pemangku Ketua Pegawai Teknologi, CyberSecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil Talib berpendapat jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab, ia boleh disalahgunakan untuk tujuan jenayah.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Suspek ahli Jemaah Islamiyah, serangan telah dirancang - KPN
Suspek yang berusia 34 tahun itu sememangnya membuat persediaan untuk melakukan serangan yang mengorbankan dua anggota polis itu.
PRU15: UMNO, BN mampu tawan kembali Terengganu - Ahmad Razif
Tidak mustahil pentadbiran negeri itu boleh bertukar tangan dengan sokongan pengundi di negeri berkenaan.
Ahmad Razif letak jawatan ketua pembangkang DUN Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Idris Haron, Ahmad Razif tewas, Adnan Yaakob kekal ketua bahagian
Beberapa pertandingan yang membabitkan pemimpin utama UMNO negeri menyaksikan ada di antara mereka yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing.
Jangan ulangi sejarah PRU pada tahun 1999 - Ahmad Zahid
Rakyat Terengganu diingatkan agar tidak mengulangi sejarah pilihan raya umum pada tahun 1999.
Sultan Mizan perkenan bubar DUN Terengganu hari ini
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dilihat memasuki perkarangan Istana Syarqiyyah kira-kira jam 10.17 minit pagi.
MB bidas kenyataan kanak-kanak di Terengganu 'bantut'
Beliau berkata dakwaan itu merupakan tuduhan liar dan berniat memfitnah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) yang banyak membawa kemajuan kepada negeri ini.
BN Terengganu tidak gentar usaha pembangkang rampas negeri itu
Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang yakin mampu merampas kembali Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) tidak akan menggugat kepercayaan rakyat negeri ini.
Kerosakan lif di HSNZ diatasi secara berperingkat
Masalah kerosakan lif yang sering berlaku di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini dijangka dapat diatasi secara berperingkat dalam tahun ini, kata Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Bumbung jatuh - MBKT tutup laluan sementara
Penutupan laluan sepanjang 400 meter itu dibuat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membolehkan siasatan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Malaysia sertai dunia sambut 2018 dengan kemeriahan
Percikan bunga api berwarna-warni menghiasi ruang angkasa ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh Malaysia sebaik sahaja jarum jam melepasi 12 tengah malam.