awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM yakin Korea Utara akan bertindak rasional

Israr Khalid
Israr Khalid
08/03/2017
05:31 MYT
TPM yakin Korea Utara akan bertindak rasional
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Pyongyang akan bertindak rasional di sebalik ketegangan yang berlaku antara Malaysia-Korea Utara.
Jelasnya apa yang penting adalah untuk mengekalkan hubungan diplomatik dengan negara tersebut bagi memudahkan penyelesaian kes pembunuhan Kim Jong Nam.
"Delegasi mereka ada di sini dan belum lagi pulang ke Pyongyang.
"Wisma Putra akan berbincang dengan mereka untuk menyelesaikan hal tersebut secara baik," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Sayembara Menulis Novel Sejarah Untuk Remaja DBP-PSM 2015 dan Pelancaran Novel Sejarah di sini hari ini.
Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Putrajaya belum memutuskan hubungan diplomatik dengan Pyongyang bagi membolehkan usaha rundingan dibuat susulan larangan keluar rakyat Malaysia di Korea Utara.
Ketika ditanya berkenaan tahap waspada Malaysia susulan tindakan balas Korea Utara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Negeri berkata ia bergantung kepada ancaman yang diterima.
"Tetapi setakat ini kita percaya mereka akan bertindak rasional dan kita juga percaya bahawa penting untuk kita mengekalkan hubungan diplomatik dengan mereka.
"Penting juga untuk keselamatan rakyat kita di Pyongyang dan saya rasa mereka juga risau akan keselamatan rakyat mereka di Malaysia," jelasnya.
Enggan mengulas lebih lanjut, beliau menyerahkan segalanya kepada Perdana Menteri untuk mengeluarkan kenyataan rasmi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Korea Utara
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan