awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPM Zahid umum sebahagian manifesto khas masyarakat India Bagan Datuk

Bernama
Bernama
21/04/2018
11:24 MYT
TPM Zahid umum sebahagian manifesto khas masyarakat India Bagan Datuk
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sebahagian manifesto khas Barisan Nasional Bagan Datuk buat masyarakat India.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sebahagian manifesto khas Barisan Nasional Bagan Datuk buat masyarakat India membabitkan kebajikan dan pendidikan.
Manifesto khas Bagan Datuk sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mengambil kira kepentingan semua kaum itu akan dilancarkan Ahmad Zahid pada Sabtu selepas penamaan calon di Dewan Hajah Tuminah di Kampung Nipah Darat di sini.
Ahmad Zahid, penyandang anggota Parlimen Bagan Datuk berkata, manifesto khas itu termasuk perkhidmatan krematorium percuma, tuisyen percuma buat anak-anak India yang akan menduduki peperiksaan dan menyediakan 10,000 peluang pekerjaan melalui sektor perindustrian yang sedang membangun di Bagan Datuk.
"Selain itu kita juga akan turut menyediakan program Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) kepada mereka yang berminat di Politeknik dan Kolej Komuniti Bagan Datuk.
"Saya juga akan melantik seorang setiausaha politik berketurunan India dari Bagan Datuk untuk bertugas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Ia adalah untuk membantu seluruh masyarakat India Bagan Datuk khususnya dan seluruh negara," kata beliau.
Beliau berucap pada program 'Kalvi Viratham' anjuran Sri Murugan Centre (SMC) bersama komuniti India Jendarata di Ladang Jendarata Bahagian 1 di Hutan Melintang, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah yang juga pengasas SMC, Tan Sri Dr M.Thambirajah dan Pegawai Daerah Bagan Datuk, Datuk Hamzah Husin.
Ahmad Zahid turut mengumumkan akan memberi peruntukan sebanyak RM2 juta setahun bagi tempoh 5 tahun kepada SMC sekiranya kerajaan mendapat mandat dalam PRU-14 nanti.
"Kalau SMC dapat menaikkan keputusan peperiksaan pelajar India saya akan naikkan dua kali ganda peruntukan itu. Ini tanda sokongan saya," katanya.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri turut memaklumkan pemberian kad pengenalan kepada anak-anak keturunan India yang layak sepanjang waktu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#India
#kerajaan
#Manifesto
#Parlimen
#Perdana Menteri
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#TPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan