awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TPPA: Kerajaan akan pastikan PKS tidak gulung tikar

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
28/01/2016
03:45 MYT
TPPA: Kerajaan akan pastikan PKS tidak gulung tikar
Menurut Mustapa, pada masa ini sudah 18 peratus syarikat PKS terlibat dalam pasaran eksport global. - Gambar fail
Kerajaan akan memastikan pengusaha Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) tidak akan 'gulung tikar' apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dilaksanakan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bagaimanapun tegasnya, PKS akan terus diberi peluang untuk bersaing di pasaran global.
"Kerajaan tidak akan ubah dasar buruh kita, malah ramai pihak bimbang bahawa PKS tidak akan dapat bersaing dan ramai akan gulung tikar. Tidak.
"Dalam pasaran terbuka, PKS sudah bersedia untuk bersaing di peringkat domestik dan global," katanya semasa membentangkan usul mengenai TPPA di Dewan Negara di sini hari ini.
Ujar beliau, Malaysia memainkan peranan yang besar dalam memastikan TPPA dapat membantu PKS.
"Suka cita dimaklumkan, semalam kita ada beritahu kita akan buat perjumpaan dengan PKS.
"Kerajaan sedar ini perlu dilakukan supaya PKS termasuk Bumiputera dapat terlibat dalam rantaian global secara global," tambahnya lagi.
Pada masa ini katanya, 18 peratus syarikat PKS sudah terlibat dalam pasaran eksport global.
"Syarikat PKS seperti pengeluar tongkat ali, lepas ini cukai mereka akan jadi 0 peratus. Syarikat seperti Adabi pula eksport ke luar negara.
"Oldtown ada 300 outlet seluruh dunia. Kita bersyukur ada PKS yang keluarkan barangan untuk eksport. Kerajaan akan pastikan syarikat ini dapat tembusi pasaran TPPA apabila terlaksana pada 2018," jelas beliau.
Pada Rabu, Dewan Rakyat meluluskan usul penyertaan Malaysia dalam TPPA selepas mendapat sokongan 127 Ahli Parlimen melalui proses pengundian.
Dalam pengundian itu, 84 Ahli Parlimen menolak usul berkenaan.
Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai TPPA diadakan selama dua hari.
Usul itu kemudian dibawa ke Dewan Negara untuk kelulusan dalam Sidang Khas mengenai TPPA yang bersidang hari ini.
Malaysia dijangka menandatangani TPPA pada 4 Febuari depan di Auckland, New Zealand.
26 pindaaan dijangka dilakukan ke atas 17 undang-undang dan peraturan berkaitan TPPA yang melibatkan negeri dan Persekutuan, perlu dipinda dalam tempoh dua tahun.
Selain Malaysia, 11 lagi negara yang terlibat dengan TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam yang memuktamadkan rundingan pada 5 Oktober 2015.
BACA: Kerajaan kini sedia hadapi cabaran, peluang menerusi pelaksanaan TPPA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Dewan Rakyat
#Mustapa Mohamed
#PKS
#TPPA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan