Dua lagi mayat dijumpai tertimbus dalam runtuhan tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong hari ini, menjadikan jumlah mayat ditemui seramai enam orang setakat ini.

Mayat pertama berjaya dikeluarkan pada pukul 12.40 tengah hari manakala mayat kedua ditemui 10 minit kemudian.

Kedua-dua mangsa merupakan warga Bangladesh. Satu daripada mereka telah dikenal pasti sebagai Mithu Hossain, 30 tahun.

Mayat kedua dikeluarkan pada 12.50 tengah hari tadi. - Twitter/@bernamadotcom

Kedua-dua mayat telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang.



Dengan penemuan kedua-dua mayat terbabit, jumlah individu yang masih dilaporkan hilang kini seramai tiga orang.

Operasi mencari dan menyelamat kini diteruskan.

BACA: Tragedi Bukit Kukus: SAR hari ketiga, cari dan gali sampai puas hati - Polis

BACA: Tragedi Bukit Kukus: Operasi SAR dihentikan berikutan berlaku pergerakan tanah