NATIONAL
Tragedi Bukit Kukus: Kerajaan Negeri tubuh jawatankuasa khas siasatan

Kon Yeow berkata setakat ini, kerja-kerja pembinaan di tapak projek itu telah dihentikan sementara. - Gambar fail
Kerajaan Pulau Pinang telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian tanah runtuh di tapak projek jalan berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di sini yang meragut nyawa sembilan pekerja warga asing Jumaat lepas.
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, jawatankuasa khas itu akan dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman juga akan menyiasat dan mengenalpasti pihak bertanggungjwab yang menyebabkan runtuhan berlaku di tapak pembinaan berkenaan.
Katanya, jawatankuasa khas itu akan turut dianggotai, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari, wakil Institut Kejuruteraan Malaysia negeri dan seorang jurutera dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Foto Astro AWANI
Kon Yeow berkata, jawatankuasa itu hanyalah tambahan kepada siasatan yang dilakukan oleh pihak berwajib.Katanya, jawatakuasa khas itu akan memulakan siasatan dalam tempoh terdekat selepas pihaknya menerima laporan awal daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selain laporan bertulis daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung tragedi itu.
Dalam masa sama, Kon Yeow berkata, bagi memastikan kejadian tanah runtuh tidak berlaku di masa depan, semua agensi yang terlibat dengan projek infrastruktur dan pembinaan bangunan dinegeri itu diminta meneliti semula aspek keselamatan ditapak projek masing-masing.
Malah pemaju yang ingin memulakan projek di Pulau Pinang juga diingatkan supaya melakukan perkara sama.
Kon Yeow berkata setakat ini, kerja-kerja pembinaan di tapak projek itu telah dihentikan sementara selepas mendapat arahan daripada pihak Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaaan Pulau Pinang ( JKKP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang ( MBPP).
Mereka terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar, manakala empat orang cedera terdiri daripada seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia, seorang daripadanya mengandung empat bulan dan seorang wanita Kemboja.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami