awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi langgar lari Cyberjaya: Wanita melintas jalan maut dirempuh

Astro Awani
Astro Awani
18/10/2018
06:44 MYT
Tragedi langgar lari Cyberjaya: Wanita melintas jalan maut dirempuh
Kereta suspek dilihat merempuh dan menyeret mangsa beberapa meter. - Sumber foto Facebook
Seorang penolong pengurus sebuah syarikat telekomunikasi maut selepas dirempuh dalam satu kes langgar lari di Cyberjaya, awal malam tadi.
Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, sebuah kereta model Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 merempuh Wan Amirah Wan Alias, di hadapan bangunan kedai Shafbury, Cyberjaya.
Menerusi video yang dipercayai dari kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat baru sahaja keluar dari kedai dan melintas jalan untuk ke keretanya.
Melalui visual CCTV yang tular di media sosial ketika ini, mangsa yang menyedari kereta itu dipandu laju, mangsa cuba berlari ke tepi jalan namun gagal apabila kereta itu merempuh dan menyeretnya beberapa meter.
Wan Amirah yang cedera parah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia jam 4 pagi tadi.
Seementara itu, polis melancarkan operasi besar-besaran untuk mengesan suspek.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali memaklumkan semua elemen telah digerakkan dalam usaha untuk mengesan pemandu kereta terbabit.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987.
Topic Berkaitan
#Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali
#hospital putrajaya
#Hyundai
#kemalangan
#kenderaan
#kereta
#langgar lari
#Putrajaya
#Wan Amirah Wan Alias
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan