MALAYSIA
Tragedi Langkawi: Ibu dan anak rentung berpelukan di bilik air, ayah pula di ruang tamu

Manakala seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada mangsa ditemui rentung seluruh badan di ruang tamu rumah terbabit. - Foto Astro AWANI
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun bersama ibu bapanya maut selepas rentung dalam satu kebakaran selepas rumah milik keluarganya di Perkampungan Nelayan, Bukit Malut, Langkawi musnah terbakar hampir 70 peratus pagi ini.
Mangsa, Mohd Nawfal Mohd Nahar, ditemui rentung bersama ibunya, Nur Suhaila Ahmad, 41, dalam bilik air.
Manakala seorang lelaki yang dipercayai ayah kepada mangsa ditemui rentung seluruh badan di ruang tamu rumah terbabit.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Suprintendan Mohd Iqbal Ibrahim menjelaskan pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kira kira jam 6.59 pagi dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Persiaran Putra, bergegas ke lokasi terbabit bagi melakukan proses pemadaman.
Jelasnya, selepas kerja-kerja pemadaman selesai, pihak bomba berjaya menemui mayat seorang lelaki rentung sepenuhnya manakala mayat kanak kanak bersama ibunya ditemui di bilik air.
“Kemungkinan (mangsa) terperangkap semasa kejadian untuk melarikan diri, boleh dikatakan seratus peratus (mangsa) lelaki itu (ayah), seratus peratus memang nampak dan perempuan tu masih nampak fizikal lagi," kata Mohd Iqbal.
Iqbal menjelaskan kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami