awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Mekah: Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban - Jamil Khir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
13/09/2015
16:44 MYT
Tragedi Mekah: Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban - Jamil Khir
JAMIL KHIR: Pengecaman jenazah berdasarkan paparan gambar serta pengenalan jenazah di rumah mayat.
Tiga lagi jemaah haji dari Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada Jumaat.
Mereka ialah Siti Nuroshlizan Zulkifli, 37, dari Tanah Merah, Kelantan; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai, Kelantan; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku, Kelantan.
Pengesahan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di TH Hotel pada jam 11.50 malam tadi.
"Pengecaman jenazah berdasarkan paparan gambar serta pengenalan jenazah di rumah mayat, " kata Jamil Khir.
Sementara itu, seorang jemaah, Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemukan selamat.
Terdahulu, Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak dikenal pasti mangsa pertama negara yang terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidilharam.
Tiga lagi jemaah Malaysia yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, dari Kodiang, Kedah; dan Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.
Sementara itu, jelas Jamil, Lembaga Tabung Haji (TH) dibenarkan untuk membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar yang dipaparkan pada Ahad.
"Pasukan Perubatan TH telah dibenarkan masuk ke bilik jenazah untuk proses pengecaman pada jam 10.30 pagi (waktu Saudi) atau 3.30 petang waktu Malaysia.
"Proses pengecaman dilakukan melalui pengecaman diri, buku rekod kesihatan, pas dan gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA, sekiranya perlu," katanya.
Pada masa sama, ujarnya, TH akan terus berusaha sedaya upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital-hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin.
"TH akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. TH ingin menasihati kepada semua jemaah haji Malaysia di Tanah Suci untuk turut bertenang dan bersabar. Terus menumpukan perhatian kepada ibadah bagi menghadapi hari wuquf serta menjaga kesihatan dan keselamatan.
"TH juga ingin mengingatkan para jemaah untuk memakai segala pengenalan diri yang diberi sepanjang masa. Ini adalah bagi memastikan keselamatan para Jemaah," kata Jamil Khir.
Tambahnya, beliau bersama Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan berangkat ke Tanah Suci esok bagi melihat sendiri keadaan serta membantu memastikan usaha mencari para jemaah yang hilang selesai secepat mungkin.
Dalam pada itu, kata Jamil Khir, lima lagi jemaah haji yang dirawat di Pusat Rawatan TH telah dibenarkan pulang ke penginapan masing-masing.
"Manakala lima lagi jemaah haji, tiga di hospital Arab Saudi dan dua di Pusat Rawatan TH dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan masing-masing.
"InsyaAllah kesemua sepuluh jemaah haji ini akan dapat menjalani ibadah haji mereka dan berwuquf di Arafah pada 22 September 2015 di bawah pemantauan pasukan perubatan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Jamil Khir
#jemaah haji
#kren tumbang
#masjidilharam
#Mekah
#Rohana Ismail
#Siti Nuroshlizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan