Walaupun episod kehilangan murid Orang Asli sudah berakhir, Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi kini berdepan dengan masalah ramai murid Orang Asli tidak hadir di sekolah itu.
Kejadian itu, di mana hanya dua daripada tujuh murid itu ditemui hidup hampir 50 hari kemudian, nampaknya meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat Orang Asli di sekitar penempatan Pos Tohoi di Gua Musang.
Pengarah Pendidikan Kelantan Ab Aziz Abdullah berkata sejak kejadian itu pada 23 Ogos, bilangan murid Orang Asli yang hadir ke sekolah terus merosot.
SK Tohoi mempunyai seramai 223 murid dan kadar kehadiran pada 2 Ogos sebelum kejadian itu berlaku adalah kira-kira 85 peratus.
"Bagaimanapun, selepas tujuh murid itu hilang, kedatangan murid mula menurun kepada 78 peratus pada minggu keempat selepas kejadian dan seminggu kemudian merosot lagi kepada hampir separuh sahaja daripada jumlah pelajar sekolah itu.
"Ia kembali meningkat pada minggu ketujuh dan kelapan dengan kehadiran mencecah 67 peratus tetapi selepas cuti pertengahan penggal dari 20 Sept hingga 27 Sept, kehadiran murid menurun mendadak kepada 41 peratus," katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat penyelarasan bersama Jakoa di pejabatnya baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata penurunan mendadak murid SK Tohoi selepas cuti persekolahan itu adalah kerana murid dan ibu bapa masih terkesan dengan insiden berkenaan.
Selain itu, murid-murid itu mungkin ada masalah untuk kembali ke asrama selepas pulang bercuti di kampung halaman yang terletak jauh di pedalaman.
Bagaimanapun, ini tidak mungkin kerana pengangkutan disediakan untuk mereka pulang ke asrama.
"Tidak dinafikan ada sesetengah ibu bapa yang tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah walaupun ada kenderaan telah disediakan untuk mereka pulang ke asrama kerana bimbang ada antara anak mereka akan bertindak melarikan diri dari asrama," katanya.
KAUNSELOR DAN NGO BANTU PULIHKAN SEMANGAT
Bagi menangani masalah ini, JPN Kelantan telah menghantar seramai 32 kaunselor dan dibantu 13 pegawai Jakoa bagi memberi kesedaran kepada masyarakat itu mengenai kepentingan menghantar anak mereka kembali ke sekolah.
Malah, beliau berkata 20 anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Persatuan Orang Asli Kelantan dan Yayasan Orang Asli Malaysia turut menghulurkan bantuan kepada JPN Kelantan dan Jakoa dalam usaha meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.
"Alhamdulillah, sejak pendekatan ini digunakan, peratusan murid-murid kembali ke sekolah meningkat daripada daripada 41 peratus pada minggu kelapan (selepas cuti pertengahan penggal) kepada 47 peratus pada minggu ke sembilan dan 55 peratus (minggu kesepuluh sehingga 15 Okt).
"Kita akui sukar untuk memujuk masyarakat ini selepas mereka 'terluka' dengan tragedi tujuh murid hilang itu," katanya.
Ditanya lagi mengenai masalah pengangkutan, Ab Aziz berkata sebagai contoh, Kampung Gawin dan Kampung Penad terletak hampir 50 kilometer dari SK Tohoi dengan jalan utamanya adalah jalan balak dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk sampai ke sekolah jika menggunakan kenderaan pacuan empat roda.
"Murid-murid ini hanya dibenarkan pulang ketika cuti panjang sahaja kerana perjalanan mengambil masa yang lama. Jika mereka dibenarkan pulang seperti asrama harian biasa di bandar, mereka hanya mempunyai masa kira-kira satu hari sahaja untuk bersama keluarga sebelum terpaksa pulang ke asrama.
"Begitupun, pihak kami sedang mengkaji beberapa penambahbaikan, antaranya dengan membawa keluarga murid-murid berkenaan ke sekolah supaya mereka dapat melepaskan rindu kepada keluarga masing-masing," katanya.
TRAGEDI TUJUH MURID ORANG ASLI
Tujuh kanak-kanak yang hilang itu adalah Miksudiar Aluj, 11; Norieen Yaacob, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, dengan kesemua mereka dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.
Mereka melarikan diri ke hutan belantara Pos Tohoi kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.
Lebih memilukan, selepas hampir 50 hari hilang dalam hutan, empat daripada kanak-kanak itu - Ika, Haikal, Linda, dan Juvina, ditemui mati. Seorang lagi mangsa, Sasa Sobrie, 8, belum dijumpai.
Dua daripada tujuh kanak-kanak itu, Miksudiar dan Norieen ditemui masih hidup dalam keadaan kelaparan dan dehidrasi dan kini mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini.
Bernama
Fri Oct 30 2015
Sejak kejadian murid hilang pada 23 Ogos, bilangan murid Orang Asli yang hadir ke sekolah terus merosot. Kelihatan di gambar dua mangsa yang ditemukan selamat, Miksudiar (kiri) dan Norieen. -Gambar fail/BERNAMA
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Mei 2024
Jumlah dagangan melonjak kepada 6,332 lot daripada 3,684 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49,699 kontrak berbanding 47,476 kontrak sebelumnya.
Prestasi ringgit setakat 17 Mei 2024
Indeks Harga Pengguna AS yang diumumkan semalam menunjukkan inflasi negara itu mereda kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus pada Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
JPN Kelantan terus pujuk ibu bapa Orang Asli hantar anak ke SK Tohoi
JPN Kelantan akan meneruskan usaha memujuk ibu bapa 66 murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang tinggal di Kampung Penad dan Simpor di sini, supaya menghantar anak mereka ke sekolah itu.
Norieen, Miksudiar belum mulakan persekolahan mereka
Dua murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Norieen Yaakob, 11, dan Miksudiar Aluj, 12, yang hilang hampir 50 hari dalam hutan, masih belum memulakan persekolahan mereka pada Ahad.
27,544 murid Tahun Satu di Kelantan mula sesi persekolahan hari ini
Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan Datuk Ab Aziz Abdullah berkata mereka akan memulakan persekolahan di 418 sekolah rendah di seluruh negeri ini.
Tragedi murid SK Tohoi undang masalah baharu kepada JPN
Sejak insiden kehilangan murid Orang Asli, Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi kini berdepan dengan masalah ramai murid di situ yang tidak hadir ke sekolah.