awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tragedi Nur Afini: Bukan rambut yang tersangkut pada mesin - polis

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2018
21:18 MYT
Tragedi Nur Afini: Bukan rambut yang tersangkut pada mesin - polis
Jenazah remaja perempuan itu selamat dikebumikan sekitar 10.20 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Sungai Kelamah. -Foto Sinar Harian
Bukan rambut remaja Nur Afini Roslan yang tersangkut pada mesin pemotong rumput seperti yang tersebar di laman media sosial.
Ini pengesahan yang diberi Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Hamzah Ab Razak yang menyatakan bahawa objek tersebut sebenarnya ialah tali.
"Berdasarkan siasatan awal, mangsa mengalami kecederaan parah akibat terkena bilah pisau yang terpelanting ke arahnya dan bukan terperangkap pada bahagian bawah mesin dan ditarik seperti yang didakwa di laman sosial," kata Hamzah.
Oleh itu, beliau menyeru orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana kejadian ini tiada sebarang unsur jenayah dan merupakan satu kemalangan.
"Bagi pemandu traktor berusia 26 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dijangka akan dibebaskan dengan jaminan," kata Hamzah.
Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi Selasa, arwah Nur Afini meninggal dunia di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman selepas bilah mesin yang melayang itu terkena kepalanya.
Remaja itu dikatakan sedang menjalani latihan perbarisan sempena hari sukan sekolah di padang sekolah tersebut.
Insiden itu turut mencederakan dua rakannya, Abdullah Hazlan, 14 tahun, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13 tahun.
Susulan insiden tersebut, pihak sekolah telah membatalkan penganjuran hari sukan yang dijadualkan berlangsung pada hari ini.
Topic Berkaitan
#Gemas
#Hamzah Ab Razak
#hari sukan sekolah
#maut
#mesin pemotong rumput
#Negeri Sembilan
#Nur Afini Roslan
#SMK Tuanku Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan