KEHEBATAN, kerjasama dan kesepaduan ‘bawangrians’ dari Malaysia memang tidak boleh disangkal lagi.
Semalam, ribuan netizen menghentam Senator Australia, Fraser Anning selepas beliau mengeluarkan kenyataan jelik berhubung kes tembakan di Christchurch, New Zealand.
Kini, tular pula video seorang lelaki memecahkan telur di kepala Senator tersebut ketika beliau sedang ditemu bual wartawan, lapor Sinar Harian.
Keberanian lelaki tersebut menjadi bualan dunia malah ada menggelarnya sebagai ‘Eggboy’ dan ternyata remaja berusia 17 tahun itu kini ‘trending’ di seluruh dunia.
BACA: #Eggboy wira baharu Australia
Lebih hebat, netizen Malaysia berjaya mencari Facebook Eggboy dan kini ribuan netizen ‘menyerang’ laman sosial Will Connolly, lelaki dipercayai adalah Eggboy berdasarkan gambar pemiliknya yang mirip remaja tersebut.
Begitupun, serangan kali ini berbeza kerana warganet menghamburkan pujian kepada remaja tersebut dan kebanyakannya mengatakan “Salam hormat dari Malaysia. Tahniah”
Tinjauan Sinar Harian mendapati setakat jam 11.15 malam tadi, hampir 10,000 likes, lebih 19,000 komen dan hampir 900 perkongsian dalam salah satu posting dimuat naik lelaki tersebut.
Begitupun, tidak dapat dipastikan sama ada Will Connolly benar-benar Eggboy kerana tiada hantaran terbaru darinya selepas kali terakhir melakukannya pada 21 Januari lepas.
Biarpun kesahihannya belum pasti namun ia tidak menghalang rakyat Malaysia menyerang Facebook lelaki tersebut.
Dengan itu, maka sahlah penulis boleh simpulkan satu perkara iaitu: “Jangan main-main dengan bawangrians Malaysia.”
Banyak kali sudah mereka buktikan dan kali ini, sekali lagi mereka menzahirkan bahawa mereka ‘bukan biasa-biasa’.
Astro Awani
Sat Mar 16 2019
Facebook 'Eggboy' diserang netizen Malaysia. - Facebook Will Connolly
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Tragedi solat Jumaat Christchurch: Laman sosial Eggboy diserang 'bawangrians'
Netizen Malaysia berjaya mencari Facebook Eggboy dan kini ribuan netizen menyerang laman sosial Will Connolly.