Tiga beradik berusia sekitar dua hingga empat tahun maut dikelar manakala empat lagi parah selepas dipercayai dikelar dan ditetak seorang lelaki tidak siuman satu kejadian amuk di Kampung Sungai Haji Muhammad, di sini hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah sekitar 2.30 petang pada Khamis, amukan lelaki berkenaan yang menyerang enam beranak itu turut menyebabkan ibu dan kakak sulung mangsa parah, sementara bapa mereka mengalami cedera ringan.
Astro AWANI turut difahamkan, terdapat beberapa mangsa yang cedera ketika cuba menahan serangan lelaki tersebut namun identiti mereka masih belum dikenal pasti.
Berdasarkan maklumat awal, seorang lelaki tidak siuman dengan gelaran Rambo telah memecah masuk ke dalam rumah keluarga itu dengan senjata tajam sebelum insiden itu berlaku.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, suspek yang bersenjatakan parang itu disyaki telah melibas ketiga-tiga kanak-kanak berkenaan hingga mengakibatkan kematian manakala ibu mereka cedera parah.
“Kesemua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Teluk Intan manakala mangsa maut dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI petang tadi.
Difahamkan, sejurus selepas kejadian itu penduduk kampung mula mengerumuni rumah keluarga berkenaan dan ada juga mengatakan bahawa lelaki yang didakwa tidak siuman itu telah kembali ke Kampung Sungai Haji Muhammad, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi berkata pihaknya akan memaklumkan laporan lengkap apabila siasatan lanjut mengenai kejadian itu siap sepenuhnya.
Astro Awani akan melaporkan perkembangan terbaharu mengenai siasatan lengkap insiden ini dari masa ke masa.
Astro Awani
Thu May 17 2018
Astro AWANI turut difahamkan, terdapat beberapa mangsa yang cedera ketika cuba menahan serangan lelaki tersebut namun identiti mereka masih belum dikenal pasti. - Foto Astro AWANI
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
Hanya dua murid Tahun 1 di SK Tebing Rebak
Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak, Sungai Sumun di sini hanya menerima dua pendaftaran baharu bagi Tahun Satu sesi persekolahan 2024.
Zahid kunjungi keluarga angkat sempena Tahun Baharu Cina
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengunjungi keluarga angkatnya yang berbangsa Cina di Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang, Bagan Datuk.
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat ilmu - Ahmad Zahid
Bagan Datuk bakal berkembang sebagai pusat tumpuan pendidikan dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Polis tahan dua lelaki tempatan cuba seludup keluar 241 warga asing
Polis menahan dua lelaki tempatan dan 241 pendatang tanpa izin dalam serbuan di Bagan Datuk, awal pagi tadi.
Perak sambut baik cadangan wujud galeri kenangan M. Daud Kilau di Bagan Datuk
Perak menyambut baik cadangan untuk membina galeri kenangan, khusus buat penyanyi legenda Allahyarham Datuk M. Daud Kilau di daerah Bagan Datuk.
Taman Perindustrian Perikanan Antarabangsa Bagan Datuk perkasa sekuriti makanan
Projek berimpak tinggi itu merupakan antara inisiatif terbaik bagi memperkasakan agenda sekuriti makanan khususnya melalui sektor perikanan.
Nelayan dikhuatiri lemas akibat bot karam di Bagan Datuk, ditemukan maut
Nelayan yang dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi, ditemukan maut.
Bot karam di Bagan Datuk, nelayan dikhuatiri lemas
Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki karam di Kampung Pasang Api, dekat Hutan Melintang, Bagan Datuk awal pagi tadi.
Dua beradik maut motosikal bertembung kereta dalam perjalanan ke sekolah
Dua beradik maut setelah motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah di kilometer (km) 45, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk, hari ini.
Bagan Datuk bakal terima pelaburan antaranya dari China, Turki - Ahmad Zahid
Tiga pelabur melibatkan industri perkilangan dan perkapalan antaranya dari negara China dan Turki telah menyatakan komitmen kepada kerajaan untuk melabur di Bagan Datuk.