awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran berikan amaran kepada AS agar tidak terlibat dalam serangan Israel, gesa kembali ke meja rundingan
MALAYSIA
Dua remaja sesat diselamatkan selepas 'WhatsApp' lokasi keberadaan
POLITIK
Fuziah dilantik semula sebagai Setiausaha Agung PKR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Transaksi akaun bank Azmin Ali tidak wujud - SPRM

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2019
04:48 MYT
Transaksi akaun bank Azmin Ali tidak wujud - SPRM
SPRM tidak mengesan kewujudan transaksi akaun Azmin Ali seperti yang didakwa Lokman Noor Adam.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengesan sebarang transaksi membabitkan beberapa akaun bank yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berhubung laporan yang dibuat Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam.
"Siasatan yang dijalankan oleh MACC berhubung dengan akaun yang dinyatakan oleh Datuk Lokman Adam, kami mendapati tidak wujud transaki yang dinyatakan dan kewujudan akaun.
"Malah pihak UEM dan Maybank juga telah membuat kenyataan berhubung perkara itu. Dan ada satu lagi akaun yang kononnya diwujudkan pada 2012, siasatan kami juga menunjukkan tidak wujud akaun yang berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pada Rabu.
Pada 12 Jun lalu, Lokman yang juga Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat menyerahkan laporan kepada SPRM bagi meminta agensi itu menyiasat dakwaan pemindahan dana RM4 juta ke akaun bank Azmin sekitar Disember 2017.
Lokman mendakwa menerima satu rekod transaksi dana oleh UEM Group Bhd ke atas akaun Timbalan Presiden PKR itu di Deutsche Bank pada 19 Disember 2017.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Lokman Noor Adam
#Maybank
#SPRM
#transaksi
#Transaksi akaun bank Azmin Ali tidak wujud
#UEM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami