awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Transaksi tanpa kebenaran kad tanpa sentuh tidak berlaku di Malaysia - ABM

Bernama
Bernama
26/07/2018
22:04 MYT
Transaksi tanpa kebenaran kad tanpa sentuh tidak berlaku di Malaysia - ABM
Setiap transaksi untuk pembayaran tanpa sentuh mempunyai had yang ditetapkan oleh bank atau institusi kewangan. - Gambar hiasan
Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) dan Kumpulan Kad Nasional memberi jaminan kepada orang ramai bahawa transaksi tanpa kebenaran menggunakan mesin terminal bayaran (POS) mudah alih, tidak mungkin berlaku di Malaysia.
ABM mengulas video yang kini tular di platform media sosial menunjukkan seorang lelaki menggunakan terminal POS mudah alih melakukan transaksi tanpa kebenaran dengan menyentuh POS pada poket pemegang kad pembayaran tanpa sentuh.
Dalam kenyataan pada Khamis, ABM berkata insiden itu tidak berlaku di Malaysia, dan aktiviti penipuan itu tidak mungkin berlaku di sini kerana proses ketat pemilihan pedagang oleh bank dan institusi kewangan.
"Hanya perniagaan berdaftar (pedagang yang diluluskan), dan telah menjalani proses pemeriksaan pelanggan secara teliti oleh bank atau institusi kewangan, layak memohon kemudahan terminal POS," katanya.
ABM berkata semua urus niaga yang dibuat di terminal POS mesti diproses oleh bank atau institusi kewangan, dan urus niaga berkenaan boleh dikesan.
"Setiap transaksi untuk pembayaran tanpa sentuh juga mempunyai had yang ditetapkan oleh bank atau institusi kewangan, dengan urus niaga melebihi had mesti memperoleh kuasa menggunakan nombor pengenalan diri yang hanya diketahui oleh pemegang kad.
"Pemegang kad yang mahu mengurangkan had urus niaga atau mematikan fungsi tanpa sentuh, dinasihatkan menghubungi bank atau institusi kewangan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABM
#bank
#institusi kewangan
#kad
#ketat
#Kumpulan Kad Nasional
#Malaysia
#media sosial
#mesin terminal bayaran
#mudah alih
#pedagang
#pelanggan
#penipuan
#perniagaan berdaftar
#POS
#tanpa kebenaran
#tanpa sentuh
#transaksi
#Tular
#urus niaga
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan