awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lihat pangkat yang terlibat, indikasi isu besar di MINDEF - Azam Baki
Ant sokong piawaian dagangan AI Google, beri petunjuk integrasi TNG eWallet
Perlis disaran contohi model Singapura dalam pembangunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Treler bahan kimia terbalik berjaya dinaikkan

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/09/2019
15:39 MYT
Treler bahan kimia terbalik berjaya dinaikkan
Treler itu berjaya dinaikkan kira-kira jam 10 malam selepas kerosakan pada satu daripada dua kren berjaya dibaiki. - JBPM
Treler yang membawa bahan kimia mudah terbakar yang terbalik ke dalam parit di Kampung Parit Mentara 3 di sini pada Rabu, akhirnya berjaya dinaikkan pada Jumaat malam.
Ia berjaya dinaikkan kira-kira jam 10 malam selepas kerosakan pada satu daripada dua kren berjaya dibaiki.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, kren berkenaan mengalami masalah elektrikal akibat disambar kilat ketika hujan kira-kira jam 3.30 petang.
“Alhamdulillah... tangki telah pun dinaikkan dari tali air pada jam 10 malam,” katanya.
Menurutnya, walaupun tiada bacaan bahan berbahaya direkodkan di kawasan berkenaan, penduduk yang dinasihatkan berpindah masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Penduduk tidak dibenarkan lagi untuk pulang ke rumah kerana pergerakan kren dan petugas akan menjejaskan aktiviti harian mereka,” ujarnya.
Sementara itu, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 24 orang daripada lima keluarga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Surau Al-Rahman di kampung berkenaan.
Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dewasa dan lapan wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan serta seorang bayi perempuan.
Pusat pemindahan sementara itu dibuka pada Khamis di mana sebelum ini mangsa berpindah ke rumah jiran atau saudara terdekat.
Topic Berkaitan
#bahan kimia
#bomba
#JBPM
#kampung parit mentara 3
#penduduk kampung
#treler terbalik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan