awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tuanku Teristimewa', hadiah rakyat Sarawak sempena Hari Keputeraan Agong

Astro Awani
Astro Awani
04/06/2020
08:55 MYT
'Tuanku Teristimewa', hadiah rakyat Sarawak sempena Hari Keputeraan Agong
Segmen yang bakal dipersembahkan kepada Baginda adalah merupakan ekspresi Sarawak buat raja berjiwa rakyat ini. - Astro AWANI
Sebuah lagu ciptaan khas bakal dipersembahkan melalui platform digital menjelang sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut Menteri Di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Talib Zulpilip, buah tangan dari rakyat Sarawak itu akan diperdengarkan dalam sambutan peringkat negeri Hari Keputeraan Baginda pada 8 Jun ini.
“Sambutan kali ini sangat berbeza dan unik kerana buat julung kalinya kita akan menyaksikan keseluruhan program diadakan secara digital. Malah saya difahamkan kesemua segmen pengisian sambutan kali ini adalah rakaman awal.
"Rakaman pula dilakukan di rumah masing-masing yang kemudiannya disunting dan diolah menggunakan pelbagai jenis teknologi,” katanya.
Tambah beliau, teknologi seperti skrin hijau, LED dan hologram bakal dimanfaatkan dalam persembahan itu sejajar dengan perkembangan teknologi digital di negeri tersebut.
Beliau memberitahu, meskipun negara masih dalam langkah berjaga-jaga, namun Sarawak komited menjayakan sambutan istimewa itu dengan cara tersendiri yang selamat.
Ujarnya, acara secara virtual ini akan melibatkan enam segmen menarik bakal disajikan kepada penonton sepanjang sambutan itu yang bermula pukul 10 malam.
Pembukaan tirai persembahan melibatkan acara Nopeng Sarawak diikuti video khas berjudul Monarkin dan kemudiannya, wajah kesayangan hamba.
Menurutnya, kesemua segmen ini adalah ekspresi rakyat Sarawak yang ditujukan khas kepada Yang di-Pertuan Agong sempena hari keputeraan Baginda itu nanti.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Datuk Talib Zulpilip
#Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong A
#Hari Keputeraan
#Menteri Di Pejabat Ketua Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan