Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa menubuhkan segera satu badan bebas untuk mengaudit semua kelulusan projek-projek pembangunan di kaki, lereng dan cerun bukit yang dibuat oleh pihak berkuasa di seluruh negeri ini.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata ini susulan pihak berkuasa negeri memberikan kelulusan kepada projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini walaupun tidak mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Dalam kejadian 8.57 pagi Sabtu lepas, 11 pekerja di tapak pembinaan rumah mampu milik itu maut apabila ditimbus tanah runtuh, ketika kejadian kesemua mereka sedang bekerja di bahagian bawah bangunan yang sedang dibina itu.
Difahamkan, kerja-kerja yang sedang dijalankan ialah pembinaan struktur tingkat bawah tanah bangunan 50 tingkat projek milik syarikat swasta itu.
Zainal Abidin berkata kenyataan media oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar semalam yang memaklumkan bahawa projek perumahan di Lembah Permai itu tidak mendapat sokongan JAS adalah sangat mengejutkan.
" Apakah pihak berkuasa negeri, sama ada OSC (pusat sehenti) atau Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) telah mengetepikan pandangan jabatan-jabatan teknikal semasa memberikan kelulusan itu pada 10 Feb 2015?
"Kami amat hairan bagaimana satu projek yang tidak disokong oleh sebuah jabatan teknikal masih diberi kelulusan oleh pihak berkuasa negeri. Seharusnya tiada kelulusan untuk sesuatu permohonan kebenaran merancang jika tidak mendapat sokongan semua jabatan teknikal yang terlibat," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
JAS dalam kenyataan semalam menyatakan bahawa permohonan pemaju untuk memulakan perancangan projek itu tidak disokong kerana tidak wujud zon penampan yang mencukupi antara projek apartmen dan aktiviti kuari berhampiran, menurut Garis Panduan Kedudukan dan Zon Industri dan Kawasan Kediaman.
Aktiviti pengkuarian itu jaraknya hanya 162 meter dari tapak penghancuran dan antara 400 ke 500 meter dari tapak letupan kuari.
Zainal Abidin berkata kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab di atas kecelakaan melibatkan kehilangan 11 nyawa itu akibat keangkuhan mereka mengetepikan pandangan JAS.
Menyifatkan tragedi itu bukan satu kemalangan biasa di tempat kerja seperti yang dikatakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng, beliau berkata kejadian itu tidak mungkin berlaku jika projek pembinaan berkenaan tidak diluluskan.
"Kami minta kerajaan negeri Pulau Pinang hentikan amalan menyalahkan orang lain atas setiap kecelakaan yang berlaku di Pulau Pinang sejak mereka menjadi kerajaan negeri. Sudah lebih sembilan tahun DAP jadi kerajaan negeri.
"Belajarlah jadi kerajaan yang bertanggungjawab, jangan berterusan menjaja slogan kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan yang kosong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2017
ZAINAL ABIDIN: Kami amat hairan bagaimana satu projek yang tidak disokong oleh sebuah jabatan teknikal masih diberi kelulusan oleh pihak berkuasa negeri.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: DAP sokong penuh siapa sahaja calon Kerajaan Perpaduan - Nga
DAP akan memberi sokongan penuh kepada siapa sahaja calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
DAP belum bincang PRK, tumpu pengebumian Lee - Teo
DAP mahu tumpu urusan pengebumian mendiang Lee Kee Hiong sebagai penghormatan kepada penyandang kerusi DUN berkenaan.
DAP tubuh jawatankuasa urus pengebumian mendiang ADUN Kuala Kubu Baharu
DAP Selangor akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi menguruskan pengebumian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong yang meninggal dunia hari ini.
DAP sokong keberanian PM jadi suara antarabangsa dalam isu Palestin - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ini kerana kekejaman di Gaza hanya dapat ditamatkan melalui penyelesaian antarabangsa.
UMNO-DAP: Pemimpin perlu tunjuk teladan, hindari kenyataan sensitif - Penganalisis
Pemimpin dalam parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan perlu menunjukkan teladan yang baik kepada akar umbi demi mengekalkan kestabilan yang wujud.