awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
Iran sedia berdepan ‘perang habis-habisan' dengan Barat - Presiden Masoud Pezeshkian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM teruskan hantar bantuan makanan di pedalaman Sarawak

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
08/04/2020
12:14 MYT
TUDM teruskan hantar bantuan makanan di pedalaman Sarawak
Sebanyak enam sortie penerbangan berjaya dilaksanakan bagi penghantaran bekalan makanan asas ke tujuh lagi kawasan pendalaman di negeri Sarawak pada Rabu. - Foto rasmi TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui khidmat anak kapal No 5 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan pada Rabu meneruskan misi menghantar bekalan makanan asas ke pedalaman Sarawak khusus untuk masyarakat luar bandar.
Menurut kenyataan media rasmi TUDM, sebuah helikopter EC 725 AP pada Rabu menerbangkan bekalan makanan asas tersebut dari Lapangan Terbang Miri.
“Bekalan makanan dihantar ke beberapa kawasan pedalaman yang telah dikenal pasti yang sukar diakses melalui jalan darat.
“Kerja-kerja penghantaran ini turut dibantu oleh pasukan Tentera Darat Malaysia di bawah naungan Markas Pemerintahan Medan Timur (MPMT),” jelas TUDM.
Misi penghantaran bekalan makanan asas yang kini memasuki hari keempat dilaksanakan oleh dua set kru helikopter EC 725 AP iaitu diketuai oleh Lt Kol Vachiral Ratanaphan Ban Teang manakala set kedua telah diketuai oleh Mejar Frezal Raynol @ Zainal.
Menurut laman web rasmi TUDM itu, setakat semalam, 11 sortie penerbangan penghantaran bantuan bekalan makanan asas dilaksanakan TUDM melibatkan empat kawasan.
“Untuk hari ini, sebanyak enam operasi penerbangan dilaksanakan bagi penghantaran bekalan makanan asas ke tujuh lagi kawasan pendalaman di Sarawak.
“Antara kawasan yang terlibat adalah Long Akah, Long Aton, Long Sobeng, Long Anap, Long Apu, Apau Nyaring dan Long Palai,” jelas kenyataan itu.
Misi penghantaran bekalan makanan asas yang kini memasuki hari ke-empat dilaksanakan oleh dua set kru helikopter EC 725 AP
Misi penghantaran bekalan makanan asas yang kini memasuki hari ke-empat dilaksanakan oleh dua set kru helikopter EC 725 AP
Usaha-usaha yang dilaksanakan oleh TUDM dan ATM itu merupakan komitmen dan sokongan kepada kerajaan Sarawak.
Ia adalah bagi memastikan penduduk di pedalaman negeri itu tidak terputus bekalan makanan serta mengelakkan mereka keluar dari kawasan penempatan semasa tempoh PKP dilaksanakan.
Misi penghantaran bekalan makanan asas yang kini memasuki hari ke-empat dilaksanakan oleh dua set kru helikopter EC 725 AP
Misi penghantaran bekalan makanan asas yang kini memasuki hari ke-empat dilaksanakan oleh dua set kru helikopter EC 725 AP
Misi penghantaran bekalan makanan asas yang kini memasuki hari ke-empat dilaksanakan oleh dua set kru helikopter EC 725 AP
Misi penghantaran bekalan makanan asas yang kini memasuki hari ke-empat dilaksanakan oleh dua set kru helikopter EC 725 AP
Topic Berkaitan
#bantuan
#pedalaman sarawak
#pesawat
#Tentera Udara Diraja Malaysia
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan