Tutup

Tugas Mursyidul Am PAS dipangku sementara Ahmad Yakob

Tugas Mursyidul Am PAS dipangku sementara Ahmad Yakob
Sebelum ini, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan, sudah menjalankan tugas Mursyidul Am apabila Allahyarham Haron Din menjalani rawatan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Tugas Mursyidul Am PAS akan dipangku sementara oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yakob berikutan kematian Allahyarham Datuk Dr Haron Din pada Jumaat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tugas berkenaan akan dipikul Ahmad sehingga pelantikan baharu oleh Majlis Syura Ulama.

Ujar beliau, sebelum ini, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan, sudah menjalankan tugas Mursyidul Am apabila Allahyarham Haron Din menjalani rawatan.

BACA: Dr Haron Din meninggal dunia
BACA: Siapa Dr Haron Din yang kita kenali

"Timbalannya iaitu Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob yang boleh menjalankan tugas itu sebagai penggantinya sementara habis tempoh timbalan.
"Kalau ikutkan beliau sudahpun mula menjalankan tugas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Munajat Perdana Rakyat Kelantan Sokong Rang Undang-Undang Persendirian 355 di sini, semalam.

Pemilihan Mursyidul Am diputuskan dalam Majlis Syura Ulama setiap lima tahun sekali.

Allahyarham Haron Din menggantikan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah kembali ke rahmatullah tahun lalu.